KOSMO!

DUA individu ditahan ketika cuba menyeludup monyet di Colombia.-@PoliciaCtagena/X
CARTAGENA – Dua individu ditahan pihak berkuasa kerana menyembunyikan tiga ekor monyet hidup di dalam seluar dalam untuk diseludup ke Republik Dominica, lapor laman berita People.
Helah itu terbongkar di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafael Nunez di Cartagena, Colombia apabila pihak berkuasa menahan seorang wanita berusia 27 tahun dan lelaki berumur 26 tahun yang merupakan warga tempatan.
Polis Metropolitan Cartagena berkata, dua haiwan tersebut ialah monyet capuchin muka putih dan seekor monyet howler.
Bagaimanapun, seekor monyet howler ditemukan mati dipercayai akibat lemak ketika disembunyikan dalam pakaian dalam suspek.
Pasangan terbabit akan didakwa atas kesalahan eksploitasi sumber semula jadi dan penyeludupan hidupan liar.
Brigedier Jeneral (Polis) Cartagena, Gelver Yecid Peña Araque menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Perbuatan ini menunjukkan kekejaman melampau serta pencabulan jelas terhadap hak haiwan,” katanya.
Rakaman video yang dikongsi media tempatan menunjukkan pihak berkuasa memberikan rawatan dan makanan kepada dua monyet yang terselamat. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan