Poliana Ronnie Sidom
am@hmetro.com.my
Sandakan: Wanita warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang dihuni terbakar dalam kejadian di Jalan Fook Hin, Batu 12, di sini, malam ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Nicole, 84, ditemui oleh pasukan bomba di bahagian ruang tamu rumah pada jam 10.44 malam.
Difahamkan, mangsa tinggal di rumah itu bersama tujuh yang lain dan dipercayai terperangkap ketika kebakaran berlaku.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 8.38 malam sebelum menghantar sepasukan 13 anggota bersama tiga jentera ke lokasi itu.
"Anggota bomba menggunakan sumber air daripada tangki jentera untuk memadam kebakaran itu.
"Api dapat dikawal daripada merebak pada jam 9.35 malam sebelum mangsa dapat dikeluarkan," katanya.
Jimmy berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan