"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Papagomo kalah diarah bayar RM280,000 kepada Guan Eng dan anaknya, Clint Lim

Guan Eng, anak menang saman fitnah terhadap Wan Azri

Faisal Asyraf

Mahkamah Tinggi memutuskan Wan Azri Wan Deris telah memfitnah kedua-duanya melalui hantaran di Facebook pada 2020.
Lim Guan Eng (kiri) dan anaknya, Clint Lim (tengah), dianugerahkan ganti rugi RM280,000 selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Wan Azri Wan Deris telah memfitnah mereka di Facebook pada 2020.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan pempengaruh politik Wan Azri Wan Deris membayar ganti rugi RM280,000 kepada bekas pengerusi DAP Lim Guan Eng dan anaknya berhubung satu hantaran Facebook berunsur fitnah yang dibuat pada 2020.

Hakim Roslan Mat Nor memutuskan bahawa Wan Azri telah memfitnah mereka menerusi hantaran bertarikh 14 Mac 2020 yang mendakwa Clint Lim ditahan ketika cuba menyeludup RM2 juta ke Singapura.

Hantaran itu turut mendakwa Guan Eng melarikan diri ke republik berkenaan pada 29 Feb 2020 untuk menyelamatkan anaknya.

Mahkamah memerintahkan Wan Azri membayar RM200,000 sebagai ganti rugi kepada Guan Eng dan RM80,000 kepada anaknya, selain kos guaman masing-masing sebanyak RM30,000 dan RM10,000.

Tiada ulasan: