"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Golongan 'Abdullah Ubai' di Perak

Tok Janggut 
Siapakah dalang sebenar disebalik kemelut yang berlaku di negeri Perak sekarang ini? Sebenarnya kerajaan Perak adalah stabil, wakil rakyat mentadbir dengan baik, meninjau masalah rakyat dan membantu mana yang perlu tetapi masih terdapat golongan busuk hati peninggalan Abdullah bin Ubai yang membuat onar dan tidak suka melihat rakyat duduk aman dan selesa.

Mereka ini masih tidak dapat menerima kekalahan dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu. Mereka masih menganggap mereka ini kerajaan. Inilah jenis manusia yang jelas tamak kuasa, pangkat dan harta. Golongan sebegini haram disisi Islam untuk dilantik atau dipilih menjadi kerajaan dan pemimpin.

Gesaan pemimpin Umno supaya PAS dibubarkan dan semua ahlinya masuk Umno adalah satu kenyataan jahil dan sumbang. Mana mungkin sebuah jemaah yang berjuang berasaskan Quran dan Hadis Nabi dibubarkan dan semua ahli jemaahnya menyertai UMNO sebuah parti yang rosak akhlak , sesat aqidah dan perjuanganya serta dihuni oleh sebahagian besar manusia yang ingkar dan derhaka pada Allah dan Rasul, kaki maksiat, zalim dan berbagai ragam keji lagi?

Membubarkan PAS sama seperti membubarkan Quran dan Haids, sama seperti menolak perintah Allah dan ajaran Nabi dan tidak yakin dengan ayat-ayat Allah dan Hadis Nabi. Atau sama seperti orang yang beribadah dalam masjid dan diarahkan keluar untuk pergi ke kilang arak atau ke tempat judi. Ini cadangan orang gila, sesat dan munafik.

Sogokan wang dan pujukan terhadap dua orang exco Perak secara paksa dan ugutan agar menyertai Umno adalah sama seperti kerja jahat puak munafik dan kafir Quraisy di zaman Nabi dulu. Umno sanggup menawarkan apa saja asalkan ada pihak sanggup mengikut mereka sesat. Tujuan Umno hanya satu iaitu untuk mendapatkan kuasa secara paksa dan menipu. Tak ada bezanya Umno dengan puak munafik dan kafir Quraisy dulu.

Apabila kedengaran akan diadakan pilihanraya kecil di dua Dun Perak ini, Umno mengalabah kerana mereka menyangka akan mendapat dua kerusi tambahan secara percuma tetapi sebaliknay akan berlaku. Sekiranya kes ini dibawa mahkamah dan diputuskan tidak perlu pilihanraya kecil, Umno masih tidak selesa kerana adalah lebihbaik Menteri Besar Perak membubarkan Dun dan diadakan pilihanraya kecil seluruh negeri Perak dari memberikan dua kerusi percuma kepada Umno.

Jika ini berlaku, dua Adun tadi pasti tidak diperlukan oleh Umno lagi, tiada upah akan diberi kerana Umno hanya ingin memperalatkan Adun untuk kepentingan mereka saja.

Penafian dua Adun Perak ini meletakan jawatan atau melompat parti mungkin idea dari Umno setelah melihat apa yang mereka rancang dan jangkakan telah tersasar. Adalah tidak munasabah kedua-dua Adun ini cuti sakit serentak, dan lagi tidak munasabah kenyataan pemimpin Umno bahawa dua Adun ini tidak puashati dengan pentadbiran kerajaan negeri kerana kononya mengenepikan nasib orang Melayu, jika benar mengapa dua orang ini saja yang tidak puashati? Mana pergi Adun melayu yang lainya?

Mereka kata sakit tetapi pegawai khas mereka mengatakan mereka berada di Pahang, bila wartawan tanya tempat mana, mereka tak jawab. Dua-dua sakit serentak? Mereka ingat Pakatan Rakyat tidak punya sumber dan maklumat yang memberitahu kedua-dua mereka berada di Pekan, Pahang bersama Najib yang mana rumah yang mereka duduk itu dikawal ketat oleh polis.

Buat apa di sana? Bincang apa? Apabila semua telah terbongkar, mereka panik dan menafikan letak jawatan, hantar surat dan lompat parti, mengapa? Kerana jika berlaku pilihanraya kecil, mereka berdua tidak lagi diperlukan oleh Umno, tiada ganjaran, tidak akan dipilih sebagai calon dan tuduhan rasuah mereka mungkin lekat kerana tiada siapa yang pedulikan mereka lagi. Apa-apa pun kita tunggu perkembangan selanjutnya.                                                                                                                              -harakahdaily-

Tiada ulasan: