"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TERKINI JAM 11.15 pagi: ADUN Kuala Kurau Sedang Memberi Keterangan kepada SPRM

IPOH:-Satu laporan rasuah sedang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau,YB.Yunus Jamahri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) atas usaha pimpinan BN merasuah beliau dengan wang dan jawatan.


Hadir bersama beliau ialah ADUN Pakatan Rakyat, YB. Drs.Khalil Idham Lim(Titi Serong), YB.Chan Ming Kai(Simpang Pulai), YB.Chang Lih Kang (Teja), YB.Leong Mee Meng (Jalong), YB Sum Cheok Leng (Bercham), YB. Sivasubramaniam(Buntong) dan YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol).


Dalam sidang akhbar sebentar tadi, ADUN Kuala Kurau mendedahkan usaha membeli beliau supaya melompat kepada BN bermula sejak minggu PR menang di Perak sehinggalah sebelum BN merampas kuasa di Perak.

Beliau juga mendedahkan tawaran yang diberikan antaranya dengan sogokan wang dari RM3juta hingga RM8 juta. Disamping dengan tawaran kompatmen balak dan jawatan Exco Perak.                                                     -----------------------------

IPOH: ADUN Malim Nawar, Yb. Khesvinder Singh sampai ke perkarangan pejabat suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi untuk membuat laporan rasuah terhadap pimpinan BN.

Laporan beliau pada hari ini adalah dipercayai sama dengan apa yang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau setelah aduan pertama telah dilaporkan kepada SPRM oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Idham Lim. 


Tindakan membeli ADUN Pakatan rakyat secara kotor dan jijik itu telah menumbangkan Kerajaan Negeri Perak Pakatan yang yang telah diamanahkan pada 8 Mac 2008 yang lepas.

Mereka berdua semasa berita ini ditulis masih berada di pejabat SPRM untuk memberi keterangan masing-masing kepada pegawai yang bertugas secara berasingan.

                                                                                                       http://idhamlim.blogspot.com/

Tiada ulasan: