Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar. Mendiang dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak sembilan lalu setelah koma akibat serangan angin ahmar yang teruk pada Mei tahun lalu ketika ditemuramah oleh satu saluran RTM dalam kapasitinya sebagai Chef de Mission kontingen Sarawak dalam Sukan Malaysia (Sukma). Memandangkan pilihanraya negeri Sarawak hanya akan diadakan pada 2011, maka Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 bagi DUN Batang Ai itu. Pilihanraya kecil Sementara itu, Bernama melaporkan, Unting meninggalkan isteri Datin Froline Moriah Demies Impoi, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Setiausaha Agung PRS Wilfred Nissom, yang mengesahkan kematian Unting, berkata beliau melawat Unting malam tadi selepas mengetahui eadaannya semakin tenat. Jenazah mendiang akan dibawa balik ke kediamannya di Jalan Kampung Stutong petang ini. Sementara itu, Presiden PRS Datuk Seri Dr James Masing berkata Unting merupakan seorang wakil rakyat yang berdedikasi dan komited untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Sarawak, terutama dari kawasannya. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Adun Batang Ai meninggal dunia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan