"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Teruskan Boikot, Banyak Syarikat Israel Bungkus.


Gambar atas: Akibat 1 botol coca-cola yang anda minum, anda sumbang 1 peluru untuk membunuh seorang rakyat Palestin yang tidak berdosa.. Gambar bawah: Kegilaan generasi coca-cola..

By ASYOK KUMAR

TERUSKAN boikot barangan Israel, umat Islam perlu sedar, bahawa mereka ibarat harimau yang sedang tidur, kini sudah mulai bangun, dan ngauamannya sudah mulai didengar musuh-musuhnya. Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim, selaku Presiden Grup Unversiti Ulu Klang yang dihubungi di pejabatnya pagi tadi.

Semalam akhbar berbahasa Ibrani, Ma’arev, Selasa (24/2) melaporkan bahawa keadaan ekonomi di negara ‘Israel’ itu memasuki fasa yang sangat buruk. Hari demi hari krisis ini bertambah parah. Banyak syarikat swasta gulung tikar setiap hari. Menanggapi krisis yang menghantui pasaran kerja di Israel, harian itu mengatakan; “Seramai 730 orang di wilayah utara Israel secara automatik masuk dalam senarai penganggur baru. Padahal majoriti daripada mereka sudah berkeluarga. Jarak antara mereka dengan garis kemiskinan sangat dekat sekali.”

Sebelumnya sempat diberitakan bahawa pihak sumber manusiaIsrael mengumumkan bahawa sekitar 20 ribu pekerja kehilangan pekerjaan pada bulan Januari lalu. Perkara tersebut dinyatakan dalam laporan badan tersebut yang menunjukkan angka pengangguran di Israel semakin meningkat. “Kita kena serang Israel mengikut kemampuan, keadaan dan dari tempat mana kita berada. Paling kurang teruskan serangan melalui boikot, jangan beli atau guna barangan Israel dan kuncu-kuncunya.” Kata Dr Hj Mohd Hasyim yang juga pengusaha weblog http://www.ibnuhasyim.com (AK)

Tiada ulasan: