"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Agen provokasi dihalau

Dzulfikar Mashoor
TELOK KEMANG, 11 Okt: Walaupun Pemuda Pakatan sejak malam semalam sedaya upaya mengelak pergaduhan dengan Umno, namun ia tetap berlaku dan pihak lawan kali ini terpaksa berdepan polis pula.

Segelintir pemuda yang dipercayai penyokong ekstrem Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bergelutan dengan Polis di Unit Peti Undi (UPU) Sekolah Menengan Telok Kemang, Batu 8; sekitar jam 1.15 petang tadi, di sini.

Image(Hasnol)

Saksi harakahdaily, Hasnul Baharin bin Hassan (gambar), 43, membuat dakwaan demikian, berdasarkan logo Umno dan gambar Isa (calon Umno) yang terdapat pada baju T beberapa pemuda provokator tersebut.

"Saya nampak wajah mereka�saya nampak logo (Umno) pada baju merah mereka�saya nampak wajah Isa pada baju mereka. Takkan penyokong PKR atau PAS pula (yang melakukan provokasi) tersebut."

Jelasnya lagi, Polis terpaksa berkawal antara penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di sini, ekoran aksi cabar-mencabar yang dimulakan oleh beberapa pemuda terbabit.

Beberapa anggota FRU yang datang kemudian terus melemparkan tubuh pemuda-pemuda provokatir itu ke dalam kereta merah, yang dipercayai milik salah seorang daripada mereka yang terbabit.

ImageMereka kemudiannya diminta meninggalkan kawasan panas tersebut oleh FRU, sebelum perkara yang lebih tegang berlaku antara penyokong Isa dan Pakatan kelak.

Berdasarkan bahan gambar yang diperoleh dari Unit Media Khas bagi Parlimen Telok Kemang; kereta tersebut jenis Iswara Eroback 1.5, berwarna merah dan No.pendaftarannya adalah WGN3160. Sejak petang semalam, lebih lapan laporan Polis dibuat atas lima kes provokasi yang berbeza-beza.

Pengarah Jentera Induk PAS N31 Salahuddin Ayub beberapa kali mendesak Polis menyiasat kesemua kes berunsur provokatif tersebut.

Namun, SPR sehingga kini masih belum memberi penjelasan jujur; termasuk isu kewujudan komando Umno untuk membelasah sukarelawan Pakatan Rakyat sejak hari pertama kempen lagi.

ImageDalam pada itu, media arus perdana melaporkan secara tidak langsung, kononnya Salahuddin cuba meraih publisiti dengan mereka beberapa isu; untuk memburukkan nama Umno.

Dengan berlakunya kes provokasi terbaru ini, pihak tertentu perlu membuat perhitungan, sama ada mahu terus menutup pekung Umno yang ekstrem atau jujur memelihara keselamatan rakyat.

Tiada ulasan: