Nazri Abdullah | |
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) menuntut Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Khaled Nordin memberi jawapan segera berhubung desakan mereka supaya sistem undian elektronik, e-undi dimansuhkan. Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, mereka memberitahu belum menerima sebarang jawapan dari menteri berkenaan selepas menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Khaled minggu lalu. Sewakatu penyerahan pada satu majlis di Universiti Putra Malaysia (UPM) 11 Oktober lalu, mereka mendakwa menteri berkenaan memberi jaminan untuk mengkaji sistem tersebut namun sehinga hari ini belum ada maklum balas dari beliau. Lebih merisaukan mereka, pilihan raya kampus kemungkinan diadakan dalam masa terdekat dan harapan melihat sistem e-undi dimansuhkan mungkin tidak kesampaian. E-undi dibantah kerana didakwa tidak telus dan mempunyai ruang besar untuk dimanipulasi pihak berkepentingan dan pada masa yang sama banyak kampus belum cukup persediaan melaksanakannya BANTAH juga ujar mereka menyokong usaha pihak pentadbiran daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang tidak melaksanakan sistem ini kerana kurang persediaan dan melihat banyak isu yang perlu diperbaiki Desakan ini juga beritahu mereka bukan kerana kepentingan mana-mana kumpulan namun untuk kebaikan semua supaya tidak timbul apa-apa pertikaian pada masa akan datang. "BANTAH tidak bersifat selektif dalam memperjuangkan isu bantahan E-undi ini. BANTAH akan tetap mendesak pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar terus membatalkan sistem ini, walaupun Pilihan Raya Kampus (PRK) dimenangi oleh mana-mana pihak atau kumpulan," kenyataan mereka dipetik. "BANTAH berpendirian bahawa siapa jua pemimpin yang dipilih melalui sistem yang bobrok dan tidak telus ini, akan mematikan demokrasi kampus, dan mematikan generasi kepimpinan mahasiswa yang berkarisma dan berintegriti," ujar mereka lagi. Ekoran itu mereka memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada menteri berkaitan membuat keputusan berhubung desakan mereka supaya memansuhkan terus sistem e-undi tersebut. "Justeru itu, BANTAH mendesak Dato Khaled Bin Nordin selaku menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, agar segera membuat keputusan berhubung sistem E-Undi ini dalam tempoh masa 3 hari bermula kenyataan media ini dikeluarkan," desak mereka. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
BANTAH tuntut jawapan menteri / UBN Najib Altantuya / PKFZ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan