Tan sebelum ini ditahan semalaman selama 16 jam bersama Teoh Beng Hock, seorang lagi saksi SPRM yang ditemui mati di tingkat 5 bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat suruhajaya itu. Tan dan Teoh disoal siasat ditingkat 14, bangunan itu pada 16 Julai lalu, sebelum Teoh dijumpai mati keesokannya.
Kedua-dua mereka ditahan sebagai saksi terhadap tuduhan salah guna wang peruntukan kerajaan negeri Selangor yang melibatkan Exco kerajaan Selangor.
Kematian Teoh dalam tahanan SPRM menimbulkan kegemparan kepada negara. Sebuah inkuiri ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian beliau yang dijalankan di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Peguam yang mewakili Tan, Karpal Singh berkata kes itu penting kerana ia bukan sahaja memberi kesan terhadap siasatan SPRM tetapi juga siasatan polis dan kes membabitkan kematian Teoh.
Menurut Tan, Akta SPRM 2009 memberi garis panduan jelas berhubung siasatan terhadap saksi dan tindakan menahan seseorang saksi selepas waktu pejabat adalah tidak sah.
Beliau juga meminta Mahkamah Tinggi menafsir Seksyen 30 (3) Akta SPRM, yang menyebut siasatan bermaksud hendaklah dilakukan pada hari bekerja antara pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
SPRM dalam afidavitnya membantah undang-undang baru yang tidak memberi had waktu siasatan kepada masa bekerja dan Akta SPRM juga tidak jelas mengenai perkara itu.
-tvantara.com-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan