Abdul Aziz Mustafa | |
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Umno tidak lagi relevan kepada orang-orang Melayu berikutan pengakuan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin bahawa Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. "Malah, orang-orang Melayu mesti disedarkan bahawa ancaman sebenarnya terhadap mereka ialah Umno sendiri. "Parti yang mengapi-apikan perkauman supaya orang-orang Melayu membenci kaum lain bukan sahaja membahayakan kaum yang menjadi sasaran kebencian mereka, malah sebenarnya membahayakan orang-orang Melayu sendiri apabila mereka diapi-apikan supaya membenci kaum-kaum lain yang dipalitkan dengan imej sebagai musuh yang mencabar dan mahu menyerang orang-orang Melayu," kata beliau. Orang-orang Melayu, katanya, membahayakan diri mereka sendiri dan seluruh rakyat Malaysia jika membiarkan diri mereka diperdayakan oleh perkauman melampau yang diapi-apikan oleh Umno. "Kalau pun berlaku pergaduhan akibat hasutan mereka, Umno tidak susah apa-apa kerana majoriti besar yang akan ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah mereka yang menentang Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya. Sebab itulah, kata Salahuddin, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Tee Lian Ker sendiri kelihatan bersetuju dengan pandangan blogger lain yang mendakwa bahawa Umno adalah musuh politik terbesar MCA. Tindakan Tee menyiarkan pandangan sedemikian dalam blognya dilihat umum sebagai tanda setujunya terhadap pandangan itu. "Jika MCA sendiri yang menjadi rakan kongsi di dalam BN dilihat bersetuju bahawa Umno adalah musuh, adakah ia tidak menjadi musuh kepada rakyat yang bukan rakan kongsinya?" katanya. Sebab itulah, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, seluruh rakyat Malaysia mesti disedarkan bahawa Umno hanya bersandarkan perbuatan mengapi-apikan perkauman untuk menyambung nyawanya dan ia akan mati jika tidak mengapi-apikan perkauman serta menyalahgunakan kuasa. "Sebab itulah PAS tidak bercadang hendak mentalkinkan Umno kerana perkara itu akan terjadi sendiri apabila orang-orang Melayu sedar bahawa Umno yang mengapi-apikan perkauman sebenarnya tidak relevan lagi kepada mereka. "Lagi pun, untuk apa ditalkinkan mayat parti yang hidup dan menyalahgunakan kuasa dengan mengapi-apikan perkauman?" kata beliau. Dalam ucapannya dalam perhimpunan Umno hari ini, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membidas pihak-pihak yang tidak sabar 'mentalkinkan' parti itu. Salahuddin juga meminta rakyat Malaysia supaya jangan terpedaya dengan seruan Khairy kepada ahli-ahli partinya supaya keluar dari perspektif minda yang meletakkan orang-orang Melayu diserang atau 'under siege'. "Umno hanya hidup dengan mengapi-apikan perkauman melampau serta membuat cerita bohong di sana-sini kononnya orang-orang Melayu dicabar dan diserang. "Jika Umno keluar dari mentaliti paranoidnya itu, ia akan membunuh diri. Bolehkah dipercayai bahawa Khairy mahu ahli-ahli Umno membunuh parti yang mengkayakan mereka? "Ketika Fasal 153 masih ada pun Umno terpaksa mengapi-apikan perkauman untuk menyambung nyawanya, tidakkah ia menggali kuburnya sendiri jika ia keluar dari mentaliti 'under siege' itu?" katanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyifatkan Umno hanya boleh hidup melalui perbuatan melampau membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu dengan memutarbelitkan isu babi, menggambarkan DAP sebagai musuh, memijak-mijak kepala lembu untuk membangkitkan kebencian terhadap penganut agama lain serta memanipulasikan pelbagai isu yang boleh mengapi-apikan kemarahan orang-orang Melayu terhadap bangsa-bangsa lain. "Umno terpaksa melakukan itu semua untuk menyembunyikan pengkhiantannya dari terdedah dengan lebih meluas kepada orang-orang Melayu. "Siapa yang bertanggungjawab terhadap kepupusan 44 peratus tanah rezab Melayu sepanjang pemerintahan Umno? Siapa yang menzalimi setinggan-setinggan Melayu seperti di Kampung Berembang? Siapa yang menghalang pertambahan kerusi Melayu serta mencincang-cincang kawasan majoriti Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya dalam tahun 2003 lalu?" beliau mempersoalkan. Dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2003, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyatakan: "Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus. Kita tidak lihat kerusi baru di tiga negeri ini". |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Perkara 153 jadikan Umno tidak relevan / UBN Najib Altantuya / PKFZ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan