"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Parti Makkal Sakti Tajaan Najib? / UBN Najib Altantuya / PKFZ

Sebuah lagi parti untuk kaum India dilancarkan dinegara ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di dewan utama Taman Pameran Agro Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor Sabtu lalu.

Najib yang juga Presiden Umno menegaskan, Parti Makkal Sakti bukan ditubuhkan atas desakan beliau.

Kini terdapat antara tujuh hingga lapan parti politik yang mendakwa mewakili masyarakat India secara langsung dan secara tidak langsung.

Ini termasuklah MIC, Barisan Progresif India Se-Malaysia (IPF), Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) dan Barisan Tindakan Demokratik India Malaysia (Mindraf), Parti Progresif India (PPP). MIC dan PPP adalah komponen BN.

Parti Makkal Sakti Malaysia diketuai oleh bekas penyelaras kumpulan Hindraf yang diharamkan, R.S. Thenenthiran, 47. Penubuhan parti itu turut dibantah oleh kepimpinan MIC.

Baru-baru ini Ketua Pergerakan Pemuda MIC, T. Mohan berkata, pihaknya tidak sedia membenarkan parti baru itu menjadi parti alternatif kepada MIC bagi mewakili kaum India.

Tegas Mohan, walaupun parti itu akan dilancarkan oleh Pengerusi BN, Pemuda MIC tidak akan berkompromi sekiranya ia bertujuan menggantikan MIC dalam BN.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: