"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BAGAN PINANG: PAS TIDAK KALAH SEMANGAT, MARUAH DAN MORALNYA / UBN Najib Altantuya

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN menang besar dengan majoriti lebih 5000 berbanding majoriti pilihanraya umum yang lalu. Namun PAS tidak pernah kecewa, putus asa, lemah semangat dengan keputusan tersebut. Dari sudut maruah, moral dan semangat juangnya PAS tidak pernah kalah.

PAS bertanding secara sihat dan mengikut lunas undang-undang. Bermula dengan pemilihan calon, cara berkempen, merayu undi, akhlak pimpinan dan penyokongnya, ternyata PAS menang berbanding dengan UMNO BN. Calonnya pengamal rasuah, berkempen menggunakan semua kemudahan dan jentera kerajaan, mengugut, memukul, menipu dan saya percaya unsur-unsur rasuah semuanya digunakan oleh UMNO BN.

Penyokong PAS jangan kecewa dan putus asa, peluang untuk memenangi pilihanraya yang lain akan datang masih terbentang luas. Bagan Pinang bukan ukuran kekuatan BN dan kelemahan PAS. BN baru menang 2 kerusi berbanding dengan Pakatan Rakyat yang memenangi 7 kerusi dalam pilihanraya kecil.

Saya percaya media akan mengulas kejayaan BN kali seumpama kejayaan besar dalam pilihanraya umum. UMNO BN sangat percaya kemenangan di Bagan Pinang petanda rakyat mula yakin kepada BN.

Kita cabar UMNO BN, kalau betul andaian tersebut, segera bubarkan DUN Perak, adakan pilihanraya seluruh DUN Perak, kita lihat rakyat bersama dengan siapa di Perak.

Kepada calon PAS, pimpinan PAS, jentera dan para petugas PAS dan Pakatan Rakyat, jangan kecewa dengan keputusan ini. Perjuangan kita belum berakhir, aturkan strategi bagi mendekati rakyat, saya percaya maklumat dan bahan kempen tidak sampai ke akar umbi. Ceramah kita tidak menepati sasaran, ceramah kecil-kecilan tidak langsung diadakan dari rumah ke rumah. Kekalahan sewajarnya meningkatkan lagi semangat juang kita untuk lawan UMNO BN habis-habisan.

Tiada ulasan: