Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria, Foto Zamzarina | |
KUALA LUMPUR , 16 Oktober: Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) semalam melancarkan 'Kelab Sahabat Kartika' bagi menunjukkan sokongan warga kampus tersebut terhadap pendirian model sambilan itu yang mahu disebat. Unit Hal Ehwal Wanita (HELWA), pertubuhan pelajar itu melancarkan kelab tersebut bersempena Festival Mahasiswi Universiti Malaya (FEMINA) yang bermula semalam. Dengan tema 'A journey begins with a single step', penubuhan kelab bertujuan mengumpulkan seramai mungkin sokongan masyarakat kampus terhadap Kartika. "Kita mengharapkan seramai mungkin masyarakat kampus untuk turut serta dalam Kelab Sahabat Kartika ini sebagai tanda sokongan kita terhadap keputusan yang dibuat oleh kartika. "Selain itu,ianya juga adalah manifestasi senstiviti kita terhadap pelaksanaan hukuman mahkamah syariah secara serius di Malaysia ini," ujar Setiausaha MPMUM, Shah Rizul Ayuni Zulkiply pada sidang media semalam. Kutipan sokongan akan diadakan selama tiga hari bermula semalam mensasarkan keahlian seramai mungkin dari warga varsiti tersebut. Idea penubuhan kelab ini tercetus selepas program ziarah oleh pimpinan Helwa MPMUM dan Hewi PMIUM ke rumah Kartika 4 Oktober lalu. Mereka berpandangan bahawa adalah perlu untuk menzahirkan sokongan terhadap Kartika sebagai respon positif di atas keinsafan beliau dan sanggup dihukum sebat selepas mengaku salah meminium arak. Penubuhan kelab ini juga berasaskan lima sebab iaitu sikap Kartika yang tetap pendirian, keputusannya untuk berubah dan kembali kepada kehidupan beragama, berani mengaku kesalahan, bijak membuat keputusan dan menjadi medium untuk membawa mahasiswa supaya peduli terhadap masalah umat Islam. Kartika Sari Dewi Shukarnor,32, didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating, pada 11 Julai tahun lepas. Namun pada 24 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan. Kartika, 32, sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang, Selangor bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saat-saat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya tidak dapat dilaksanakan ketika ini. Memandangkan, kes sebat syariah membabitkan Kartika adalah kes pertama di negara ini, pihak penganjur turut mengambil inisiatif mengadakan sesi penerangan dan demonstrasi sebat cara sivil dan syariah. Ianya bagi memberi gambaran serta pendedahan bagaimana sebat mengikut syariah perlu dijalankan berbanding sebat sivil yang sudah lama dipraktikkan. Penerangan dan demonstrasi sebat sivil dikendalikan pegawai penjara Sungai Buluh, Tengku Mohamad Nahar. Bagaimanapun sebatan tersebut dilakukan tanpa sebarang objek sasar sebagai mematuhi arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak membenarkan demonstrasi sebat ditunjukkan kepada umum. Manakala sebat mengikut syariah hanya diterangkan secara teori oleh wakil dari Jabatan Syariah Undang-Undang Fakulti Pengajian Islam UM sendiri. Berikut antara beberapa perbezaan utama kedua dua kaedah sebatan Sebatan mengikut kaedah Syariah 1- Sebatan boleh dilakukan sama ada kepada pesalah lelaki mahupun perempuan. 2- Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebal tidak melebihi 1.25 sentimeter. 3- Pesalah hendaklah memakai pakaian menurut hukum syarak tetapi sedikit nipis dari pakaian biasa. 4- Pesalah lelaki disebat berdiri manakala prempuan dalam keadaan duduk. 5- Jika pesalah itu hamil, hukuman itu hendakalah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. 6- Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan 'sederhana' di mana tukang sebat tidak boleh mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak mencederakan pesalah. 7- Sebatan boleh dilakukan di mana-mana bahagian tubuh kecuali muka, kepala,perut, dada atau bahagian sulit. 8- Maksimum sebatan untuk pesalah adalah enam kali rotan sahaja. Sebatan mengikut kaedah Sivil 1- Sebatan hanya dilakukan kepada pesalah lelaki sahaja. 2- Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz namun kebiasaanya diameter rotan tidak melebihi 1.25 sentimeter. 3- Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat yang hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja. 4- Sebatan hanya dilakukan di bahagian daging punggung. 5- Pesalah akan disandarkan berdepan pada tempat khas dan diikat kedua kaki dan tangan. 6- Sebatan dilakukan pada satu tempat yang sama tanpa henti sehingga habis jumlah sebatan. 7- Jumlah sebatan bergantung kepada keputusan mahkamah dan tiada had maksimum. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UM lancar kelab shabat Kartika, pertonton demonstrasi sebat / UBN Najib Altantuya / PKFZ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
pasti kartika akan disebat..kes ini hanya ditangguh seketika,,saya menyokong hukuman ini dilaksanakan..tapi yang saya tak puas hati sebab penyokong PAS dikawan saya tidak suka hukuman ini dijalankan..kenapa ini terjadi?
Catat Ulasan