"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

JAIS... Diberi Authoriti Penuh, Jadi Begini Pulak / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Iqbal
"Dulu kita kata JAIS jadi kuda tunggangan umno (lebih-lebih lagi zaman si anak Toyo ). Kita sekadar mampu mengurut dada menahan marah. Apa tidaknya, pelbagai tindakan dan provokasi sama ada di surau2 dan masjid2 dilakukan oleh JAIS (tentunya atas arahan pengarahnya).
Apa yang tidak dilakukan oleh pegawai2 JAIS waktu itu ? Roboh surau ,tutup pintu masjid, buang imam, tangkap penceramah adalah perkara biasa.Waktu itu semua jari menuding kepada umno sebagai dalangnya.Akhirnya impian rakyat mahu melihat umno disepak keluar dari tampok pemerintahan Selangor menjadi kenyataan.

EXCO yang menjaga hal ehwal Agama Islam Selangor ( Hasan Ali ) mengambil langkah memberi authoriti penuh kepada JAIS dalam melaksanakan tugasnya. Bagi saya ini adalah satu keputusan tergesa-gesa. Tidak dikaji secara mendalam. Sepatutnya jiwa dan mentaliti pegwai2 JAIS terlebih dahulu hendaklah ditarbiyahkan.Ini adalah kerana sekian lama JAIS dudk bawah ketiak umno.Agak hairan apabila Hassan Ali tiada ' element of fear' terhadap sebarang kemungkinan kerja2 sabotaj yang akan dilakukan. Sama lah juga apabila dia (Hassan Ali ) mempertikaikan pelantikan pemangku pengurus PKNS berketurunan cina ( 2008).

Dalam kes bekas Mufti Perlis(MAZA), Hassan Ali bersikap lepas tangan dengan mengatakan itu hak JAISmenjalankan tugas. Kerajaan negeri tak masuk campur.Apa kata jika tindakan itu adalah perancangan umno ? Apakah dia nak berlepas tangan juga ? Apabila tindakan yang diambil itu meragukan sepatutnya siasatan perlu dibuat. Mana boleh kata ..tak masuk campur aje. Perkara yang tiada kaitan dengannya, bukan main lancang mulutnya masuk campur. Konon untuk kebaikan .

Yang terbaru, JAIS nak ambil tindakan keatas AJK sebuah masjid di Klang kerana membenarkan Dr. Xavier berucap dalam masjid berkenaan. Alasannya orang bukan Islam sama seperti perempuan datang haid, yakni kotor.Orang JAIS tak baca ke fatwa terbaru Dr. Yusuf Gardhawi tentang wanita datang haid . Dulu sewaktu tuala wanita belum ada, memang dilarang kerana dikhuatiri darahnya menitik kelanta. Ini akan mengotorkan masjid. Tapi sekarang no problem. Perempuan datang boleh berada dalam masjid dengar ceramah atau berzikir.

Mungkin agaknya kerana Dr. Xavier tak sunat...Itulah saja alasan yang ada. Dalam banyak buka yang ditulis oleh pemikir2 Islam, tiada yang melarang orang bukan Islam masuk masjid. Malah Masjid Negara dan di Putrajaya sentiasa ada pelawat. Maknanya JAIS tidak ikut peraturan JAKIM. Di Malaysia, bukannya senang nak ajak bukan Islam masuk melihat masjid. Lebih-lebih lagi orang hindu.Bukankah ini juga pendekatan dakwah. Tentu sekali Dr.Xavier dapat melihat bahwa dalam masjid lebih tenteram dan bersih jika dibandingkan dengan kuil yang berserabut dengan patung-patung. Mana tahu secara diam-diam beliau mula membezakan agamanya dengan Islam. Mana tahu tergerak hatinya mengenali Islam dan seterusnya mempelajari Islam. Siapa tahu ( dengan izin ALLAH) terbuka hatinya masuk Islam. Itu harapan kita bila dia berada dalam masjid.

Ini tidak. Buat kenyataan yang tidak menguntung Islam. Si Khusrin tak faham makna RUMAH ALLAH. Inilah jadinya bila si jahil diberi tugas bukan bidangnya.

Jangan hendaknya ini akan menimbulkan satu lagi polemik.umno pasti mengintai peluang untuk mencetuskan kontravesi. Tv dan akhbar-akhbar hanya menunggu arahan untuk mensensikan isu ini.

Kita nak tunggu komen Hasan Ali dalam hal ini. Nampaknya authoriti yang diberikan kepada JAIS lebih memburukkan imej Islam dan kerajaan PR. Hasan Ali kena jawab kerana ini dalam bidang kuasanya. Perkara yang bukan bidannya bukan main lancang sekali mulutnya.

Tiada ulasan: