"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

CUEPACS kecam Najib / Zambry / PKFZ / Altantuya

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu menemui Najib Razak berkaitan kenyataan Presiden Umno itu yang menggelarkan mereka sebagai tidak bermoral apabila menuntut bonus dua bulan gaji dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu.

Presidennya, Omar Osman berkata, pertemuan itu bertujuan mendapatkan penjelasan rasmi daripada PM sendiri berkaitan perkara itu termasuk keadaan semasa ekonomi negara.

Menurutnya, pihaknya sehingga kini belum diberi penjelasan oleh PM berkaitan ekonomi negara walapun mengakui perkara itu merupakan hak PM.

“Selepas kenyataan PM disiarkan oleh media, saya menerima banyak respon dari ahli kesatuan yang merasa kesal dengan kenyataan itu dan mahu penjelasan rasmi dibuat oleh PM mengenainya.

Menurutnya, terpulang kepada PM bila pertemuan boleh diadakan tetapi CUEPACS berharap ‘dengan kadar yang segera’.

Diajukan apa yang dimaksudkan dengan ‘dengan kadar yang segera’, beliau berkata pertemuan itu wajar diadakan kurang dua minggu dari tarikh hari ini.

“Kami pada hari ini dengan satu suara, satu hati dan satu kenyataan melahirkan rasa kesal dengan ‘teguran’ PM yang mengatakan kami tidak bermoral kerana menuntut bonus dua bulan gaji,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata, tuntutan bonus dua bulan itu bukanlah diputuskan oleh beliau sendiri sebagaimana kenyataan Najib yang menggelarkan saya mencari populariti tetapi ianya adalah keputusan Majlis Kongres CUEPACS yang diwakili oleh semua gabungan itu.

Menurutnya, keputusan itu juga dibuat lama sebelum bajet dibentangkan dan satu surat mengenainya telah dihantar kepada Najib selaku Menteri kewangan.

Mesyuarat pada hari ini (7 November 2009) yang memakan masa hampir dua jam berjaya menghimpunkan 130 daripada 145 wakil gabungan kesatuan itu dari seluruh negara.

Mengulas lanjut katanya, semua ahli yang hadir pada hari itu telah mengumpulkan tandatangan bagi menyatakan sokongan penuh kepada CUEPACS dan presidennya.

“Perkara sama akan dilakukan oleh ahli gabungan yang hadir pada hari ini iaitu akan mengumpul tandatangan ahli masing-masing di seluruh negara bagi menyatakan sokongan kepada presiden dan CUEPACS,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah menghubungi mereka dan mengesahkan PM telah menyatakan persetujuan untuk menemui kesatuan itu.

Terdahulu kenyataan Najib itu itu dikeluarkan Rabu lalu di Jamuan makan malam Banker Club dan disiarkan oleh pelbagai media di negara ini yang akhirnya menimbulkan kecaman pelbagai pihak termasuk ahli gabungan kesatuan itu.

http:// Masdarwahid.blogspot.com/

Tiada ulasan: