"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PELUANG MELAKUKAN IBADAH KORBAN DI KAWASAN PARLIMEN YANG DIWAKILI WAKIL RAKYAT PAS / Nizar / PKFZ

Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR:
Ibadah korban itu disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimim untuk memupuk semangat berkorban.

Dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin sekaligus memanifestasikan syiar Islam itu sendiri.

Antara hikmat dan nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah korban adalah melatih dan membentuk mentaliti kaum muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

Oleh itu, orang ramai boleh menyumbang serta mengimarahkan ibadah korban khususnya kepada penduduk miskin di beberapa kawasan yang dikenalpasti melalui Ahli Parlimen PAS.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sik berhasrat untuk mengagih-agihkan daging korban kepada anak-anak yatim, sekolah pondok atau agama rakyat, ibu tunggal dan penduduk miskin.

Bagi orang ramai yang berminat untuk membantu usaha Ahli Parlimen Sik Che Uda Che Nik bolehlah membeli sebahagian lembu dengan harga RM300 hingga RM350 di parlimen beliau.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat beliau di talian 04 4695387 atau atau menghubungi wakilnya Najib di talian 0134744048.

Manakala di Parlimen Kubang Kerian dengan harga RM300 sebahagian lembu, mereka yang berhajat boleh menghubungi Salahuddin Ayub di talian 013 7278292 atau menyalurkan pembayaran melalui akaunnya di Bank Islam Malaysia Berhad 14069010014385 atau Maybank 101422116503 atas nama beliau.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Husain menyeru orang ramai yang berminat untuk mengadakan ibadah korban di parlimennya yang berharga RM300 sebahagian. Mereka yang berminat boleh membuat pembayaran ke akaun beliau di Bank Islam Malaysia Berhad 03018020350641, ataupun untuk keterangan lanjut boleh menghubungi wakilnya Nasir di talian 019 9927624.

Program korban juga diadakan di Parlimen Parit Buntar, mereka yang berminat boleh membuat pembayaran dengan RM350 sebahagian lembu di akaun Bank Islam Malaysia Berhad 08022010016590 atas nama PAS Kawasan Parit Buntar, ataupun menghubungi Fauzi (0194404715), Tandarius (0134144731) dan Baharin (0124423941).

Ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaafar turut mengalu-alukan orang ramai untuk membuat korban di parlimennya dengan harga RM350 sebahagian lembu. Mereka yang berminat boleh membuat pembayaran kepadanya melalui Bank Islam Malaysia Berhad 02084010027723 atas nama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai atau hubungi Mohd Shubihi di talian 0194433171.

Sebelum ini, ibadah korban turut diadakan di Parlimen Pokok Sena yang mana mereka berhajat bolehlah menghubungi Zulkifli Ismail (0134803231), Rashidi Sharif (0124902135), Anuar Yatim (0195698513) dan Mat Musa (0194111969) atau membuat pembayaran terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 02011010055436 atas nama PAS Kawasan Pokok Sena (Pusat Khidmat) dengan harga RM350 untuk sebahagian lembu.

Untuk di Parlimen Kuala Krai, orang ramai boleh menghubungi Zambri di talian 0199810824 atau menyalurkan pembayaran melalui akaun Maybank 014329301862 atas nama Mohd Hatta Ramli. Harga untuk sebahagian lembu adalah RM300.

Di Parlimen Padang Terap pula, orang ramai boleh membayar melalui akaun Maybank 162740014637 atas nama Mohd Nasir Zakaria, ataupun untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Ustaz Osman (0132966059) dan Ustaz Zul (0132966078). Harga sebahagian lembu adalah RM350.

Untuk ibadah korban di Baling, harga sebahagian lembu adalah RM400. Menurut ahli parlimennya Ustaz Taib Azamudden Mohd Taib harga seekor lembu RM2600, dan baki selebihnya sebanyak RM200 akan digunakan untuk kos pengangkutan serta penyembelihan.

Mereka yang berminat boleh membuat pembayaran melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 02048010012641 atas nama Tabung Tabarruat, atau di akaun Maybank 502045005137 atas nama Taib Azamudden atau Md Juki. Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi wakilnya Harun Osman di talian 0194165554.

Parlimen Rantau Panjang 95 peratus penduduknya adalah petani dan pekebun kecil. Ahli parlimennya Siti Zailah Mohd Yusof mengalu-alukan mana-mana pihak atau individu untuk menjalani ibadah korban di parlimennya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi beliau sendiri di talian 0199823942 atau Cikgu Razali di talian 0199824983, ataupun boleh membuat pembayaran di akaun Bank Islam Malaysia Berhad 03027010039774 atas nama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Rantau Panjang, dengan harga RM300 sebahagian lembu.

Tiada ulasan: