"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu campur tangan setpol PM 'hangatkan' dewan / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 11 Nov:
Dewan Rakyat petang tadi menjadi 'hangat' apabila isu campur tangan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah dalam hal berkaitan penjaja di Wilayah Persekutuan dibangkitkan.

Perkara itu ditimbulkan oleh Wee Chee Keong (PKR-Wangsa Maju) yang menyatakan bahawa Shafie telah 'menghalang' urusan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya merobohkan gerai yang telah melanggar undang-undang.

"Saya mahu tahu kenapa Datuk Shafie campur tangan dalam kes ini sedangkan, DBKL mahu menjalankan tugas," soalnya kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.

Walaupun dikrtik oleh Wee, Nong tetap mempertahankan apa yang dilakukan oleh Setpol PM itu tidak melanggar sebarang undang-undang sedia ada.

"Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Pengarah DBKL kepada saya bahawa Datuk Shafie campur tangan," kata Wee membidas Nong sehingga ditegur beberapa kali oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan.

Wee turut membangkitkan persoalan petisyen bantahan oleh 500 orang penduduk di Setapak berhubung pasar malam up-town Danau Kota yang dilkatakan menggangu dan terletak di kawasan berhampiran kediaman perumahan di mana operasinya bermula daripada jam 10 malam sehingga 4.00 pagi.

Dalam pada itu, di luar dewan, Ahli Parlimen Padang Serai Gobalakrishnan mengadakan sidang media menggesa supaya Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu memberi penjelsaan berhubung kepentingan kaum India dalam Maju Institut of Educational Development (MIED) yang membabitkan geran peruntukan sejumlah RM300 juta.

"Saya pergi ke pejabat MIC pada 4 November lalu tetapi disambut oleh 200 pemuda MIC diketuai T. Mohan, yang berkelakuan seperti samseng,

"Dengan bantuan polis, kami dapat masuk dan hanya bertemu Tan Sri Nijhar dan penjelasannya tidak memuaskan hati," katanya di lobi parlimen petang tadi.

Justeru, beliau meminta Samy menjawab sendiri persoalan MIED yang sering mengelirukan orang ramai khususnya kaum india yang mempunyai kepentingan dalam hal tersebut.

"Samy boleh tetapkan tarikh Isnin, Selasa ataupun Rabu sehingga November ini untuk memberi penjelasan sebelum saya membuat tindakan susulan dan membuat pengumuman di Parlimen nanti," katanya.

Tiada ulasan: