"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MUDAHKAH UNTUK MENDAPATKAN HAJI YANG MABRUR?

Pak Karamu
Al Hamdulillah ! sesiapa yang bercita-cita hendak mengerjakan ibadat haji setelah syarat dan rukunnya dapat di selesaikan maka insya Allah mereka akan mendapat mabrur tersebut, ini bererti sesiapa juga dari bakal jama'ah haji tentunya telah mengemaskan diri mereka untuk menghayati talbiyah yang mereka laungkan, tanpanya haji itu menjadi sia-sia

Labbaikallah humma labbaik (aku datang untuk menyahut seruanMu) maka seruan Tuhan tersebut wajib di laksanakan, bukan setakat menyahut seruan Tuhan akan tetapi tidak mengenalnya secara benar-benar mengenali Tuhan, jika tidak mengenalNya maka dosa dan ibadat haji tidak akan di terima sekalipun kita beria-ia memohon ampun daripadaNya

Mengikut sejarah awal ibadat haji telah di laksanakan oleh nabi Adam a.s apabila dia di undang oleh Allah supaya mengerjakan ibadat haji di Makkah, selepas seruan Allah itu di sambut oleh Adam a.s maka pergilah dia mengerjakan haji seorang diri atas bimbingan Allah s.w.t, selepas Adam selesai mengerjakan ibadat haji maka Tuhan bertanyakan kepada Adam sebagaimana firman Allah menyebutnya di dalam sebuah hadis qudsi

يا ادم قضيت نسكك ؟ قل: نعم يا رب قل: فسل حاجتك تعط قل ادم : حاجتي ان تغفر لى ذنبي وذنب ولدى قل : اما ذنبك يا ادم فقد غفر ناه حين وقعت بذنبك واما ذنب ولدك فمن عرفتي وامن بي وصدق رسلي وكتابي غفر نا له ذنبه

Maksudnya:

Wahai Adam ! Apakah engkau telah selesai mengerjakan ibadat hajimu ? Jawab Adam " Benar wahai TuhanKu, Allah berfirman " kemukakanlah permintaan dan keperluanmu nescaya akan Aku kabulkan, (ketika Adam memohonnya) Adam berkata: "Permohonanku ialah agar Engkau mengampuni dosaku dan dosa anak-anakku" Allah s.w.t menerangkan: "Adapun dosamu wahai Adam, telah Kami ampunkan ketika engkau selesai melakukan dosa itu, adapun dosa keturunanmu akan di ampunkan apabila mereka mengenaliKu, beriman kepadaKu, dan membenarkan para rasul dan kitabKu

(Hadis qudsi riwayat Al-Munziri dari Anas r.a)

Jika kita perhatikan benar-benar akan syarat daripada Allah s.w.t kepada Adam dan juga keturunannya maka kita dapati ada empat syarat asas yang manusia keturunan Adam wajib di fikirkan terutama 'arofani (mengenal Tuhan) Ertinya mana satu rububiyah,uluhiyah, zatNya, sifatNya, asmakNya dan juga af'alNya selain dari bersifat ikhlas kepada Tuhan dan juga rukunnya

Demikian untuk perhatian semua umat islam yang akan dan telah mengerjakan ibadat haji tersebut, cuba kita bayangkan jika kita tidak mengambil peduli dengan
empat syarat tersebut dan bandingkanlah dengan maksud talbiyah yang kita laungkan yang mengakui tidak menyekutukan Allah dengan yang lain La syarikalah

Menghayati laungan maksud talbiyah adalah perkara yang paling wajib dalam mengerjakan ibadat haji tanpanya ibadat itu sia-sia dan letih sahaja selain habis perbelanjaan dan janganlah harap untuk mendapatkan
mabrur !

Tiada ulasan: