"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tertarik dengan kenyataan Kickdefella / Nizar / PKFZ

batu-api
Saya mengikut dengan teliti dan sabar berkaitan dengan isu pemecatan sdr kickdefella. Rasa hati kecil saya mula terbayang apabila Kickdefella menulis satu artikel Tersungkur Di Pintu Syurga dan dia nampak macam tak begitu minat untuk menulis dua bulan kebelakangan ini.

Itu bukan poin yang saya nak tulis, walaupun membantu untuk anda berfikir jika membaca artikel yang saya linkkan tersebut.
Dalam kenyataan di media Kickdefella ada menyebut:-

"Boleh jadi Tok Guru pun tidak tahu dengan pemecatannya saya. Beliau mungkin diberi maklumat yang salah," jelasnya. kenyataan ini dibuat pada warrtawan. Esok beliau akan membuat kenyataan rasmi, kita tunggu..

Ayat mungkin mendapat maklumat yang salah ini juga pernah menjadi satu perbincangan yang cukup darsyat di internet apabila anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz iaitu Nik Abdul telah menulis bahawa bapanya mendapat maklumat yang salah berkaitan dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Orang mencerca beliau (orang yang tak suka..) akhirnya beliau dijatuhkan dalam pemilihan Pemuda PAS. Saya tak nak cerita panjang soal bagaimana beliau dijatuhkan.

Rupanya Kickdefella juga menyebut perkara yang sama.

Tun Mahathir pernah mengatakan, jika satu maklumat datang daripada tiga sumber yang berbeza pasti maklumat itu betul.

Saya ada sumber yang ketiga berkaitan kenyataan ini. tapi buat masa sekarang saya belum lagi nak panjangkan kepada umum. Sabar..

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menafikan beliau diberikan maklumat yang salah dalam kenyataannya saya sudah tua, tak perlu saya dimanipulasikan.. betul atau tidak anda boleh berfikir.

Saya tak suka kickdefella ini, banyak sebab tapi fakta mestilah fakta walaupun daripada orang yang tidak disukai.

Dalam tulisan
Tersungkur Di Pintu Syurga hampir sebulan yang lalu Kickdefella telah memberikan beberapa klu untuk pengkaji penulisan, membaca gerak hati penulis. Anda boleh cari klu itu.

Tulisan terbaru kicdefella
Penamatan Kontrak Serta Merta juga telah mencerahkan klu tersebut. Baca dan teliti kedua-dua artikel ini kenapa Kicdefella menyebut "orang itu" dia dalam penulisan beliau.

Dunia fitnah telah menjadi "halal" bagi mereka yang bernafsu. Rasanya Ustaz Wan Ji boleh menjawab soalan ini. Ustaz wan Ji takkan diam aje!

Tiada ulasan: