"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berakhirnya Sebuah Kemelut / Nizar / PKFZ

Nashuddin Tantawi

1.Hari ini antara hari-hari bahagia dalam sejarah hidup saya semenjak saya mewaqafkan diri buat perjuangan Islam bersama Parti Islam Se Malaysia [PAS]

2.Sungguh bahagia dan cukup gembira menyaksikan komitmen seluruh perwakilan bersama pimpinan parti untuk menamatkan segala konflik dan persengketaan demi memperkasakan parti dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

3.Berlabuhnya tirai Seminar Pemerkasaan Parti yang berlangsung di Taman Melewar pada hari ini bermakna tamatlah sebuah kemelut yang agak panjang melanda parti. Insyaallah, selepas ini PAS akan mengorak langkah dengan gagah bersama gandingan mantap saff pimpinan yang telah bersetuju untuk menjadikan seminar ini penamat kepada segala konflik yang melanda parti.

4.Apa pun syabas saya ucapkan kepada al Fadhil Prof Dr. Abd Aziz Bari dan Dr. Abu Hassan Hasbullah [Dr. Google], dua tetamu yang diundang untuk melontarkan idea mereka. Biar pun pedas dan keras, ianya diterima dengan penuh lapang dada dan sikap terbuka. Alhamdulillah, saya sendiri menerima teguran yang cukup pedas bukan sahaja dari pembentang [Dr. Abu Hassan Hasbullah] tetapi juga dari rakan-rakan, antaranya dari sahabat saya Dr. Rosli Alani Exco DPPN Kelantan.

5.Saya sebenarnya sangat terbuka malah gemar di kritik jika kritikan itu membina berbanding orang memuji justeru pujian itu melekakan saya. Adapun bidasan saya terhadap Dr Aziz Bari bukan bermakna saya tidak menerima kritikan beliau.

6.Dr Abdul Aziz Bari telah mengkritik PAS dan pimpinan tertingginya secara konsisten melalui Sinar Harian dalam beberapa artikel [5 artikel] beliau yang keras. Saya tidak respon sebaliknya tekun membaca baris demi baris untuk memahami dan meneliti apakah sebenarnya yang mahu diserlahkan oleh beliau. Sementara PAS membuka ruang dan memberi peluang kepada beliau untuk memberi pandangan dalam Seminar yang dianjurkan.

7.Malangnya, dalam tempoh beberapa jam sahaja sebelum seminar politik PAS berlangsung, kelihatan Dr Aziz tidak sabar dan masih menggunakan ruang di media untuk menghentam pimpinan PAS sehingga membuatkan saya hilang kepercayaan kepada beliau, apakah beliau ikhlas mengkritik atau ada sesuatu yang ingin beliau capai dengan mencipta kemelut ini.

8.Saya beritahu kepada Dr Abdul Aziz Bari tengahari tadi, sebagaimana beliau menuduh Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebagai Pro UMNO tanpa sebarang bukti, maka saya pula menuduh Dr Abdul Aziz Bari sebagai Agent UMNO dan sememangnya saya tidak mempunyai apa-apa bukti. Dr Abdul Aziz hanya ketawa kecil mendengar penjelasan saya. Sebenarnya saya juga tidak bermaksud mahu melempar tuduhan sedemikian kepada beliau, tetapi sekadar memberi isyarat kepada beliau agar beliau tidak lagi menuduh pimpinan PAS sebagai pro UMNO.

9.Seperti mana marahnya sahabat saya Dr Rosli Alani [Exco DPPNK] kerana saya menuduh Dr Aziz Bari sebagai Agent UMNO, begitulah jua marahnya saya dan seluruh ahli PAS kepada Dr Abdul Aziz Bari kerana menuduh Tuan Guru Presiden PAS sebagai Pro UMNO.

10.Alhamdulillah, segalanya telah saya settle dengan Dr Abdul Aziz Bari dan insyaallah pada hari rabu ini, harian DPPP akan mengunjungi Prof Dr Agus dan saya sedang mengusahakan satu tarikh dari Dr Abdul Aziz bari untuk satu sessi diskusi tertutup antara harian DPPP dengan beliau. Begitu juga Dr Abu Hassan Hasbullah. Dewan Pemuda PAS [DPPP] akan terus mencari ruang dan bertemu dengan pelbagai pihak yang boleh memberi input kepada pemuda untuk terus memacu perjuangan ini.

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Tiada ulasan: