"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Data Dr Abu Hasan Kenalpasti Kelemahan PAS / Nizar / PKFZ / Zambry

Data yang dikeluarkan Dr Abu Hasan Hasbullah,salah seorang panel dalam seminar politik Pas,menerusi kajiannya benar benar mengejutkan.

Beliau yang mengkaji pola demografi keadaan politik Pas menjelang PRU13 jelas menunjukkan satu usaha pembaharuan perlu dilakukan sekiranya Pas mahu mengekalkan kerusi sedia ada.

Data yang diperolehi merangkumi setiap lapisan masyarakat di seluruh Negara bagi mengkaji kestabilan politik Pas selepas pilihanraya yang lalu.

“Sudah tiba masanya masayarakat di Negara ini tanpa mengira destinasi politik masing masing untuk membincangkan nasib nasib masyarat di Malaysia”,katanya.

Beliau turut menambah “Anggaplah penyelidikan saya ini satu pandangan membina.Saya setuju bahawa 1bentuk pemilihan, pembentukkan gerakan, pembangunan jentera bagi memastikan cita-cita Pas tercapai”.

Kajian menunjukkan golongan muda mengiktiraf sistem parti Pas,namun terdapat beberapa faktor lain dalam pimpinan Pas yang menggusarkan mereka.

Walaubagaimanapun kedudukan Musyidul Am Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin tertinggi parti itu diiktiraf dan masih kukuh di kalangan pendukung setia parti dan masyarakat umumnya.

Rata-rata pola yang dibentangkan berbentuk pyramid iaitu dengan peratusan tahap lemah yang sangat tinggi.

Ini meliputi semua aspek merangkumi pentadbiran,pimpinan,strategi politik dan ideologi parti itu sendiri.

Berbanding PRU12 dengan statistik yang menunjukkan 70% bersetuju dengan kebijaksaan strategi Pas,kajian kali ini menunjukkan kemerosotan sebanyak 20% dari aspek itu.

Selain itu,sebanyak 50% yang berpendapat Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti.

Kajian Dr Abu Hasan Abdullah turut menyentuh persepsi media yang meliputi media dari blog,jurnal dan juga facebook terhadap parti ini.

Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas.

Namun,data terbaru menunjukkan peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media,iaitu sebnayak 213% penolakkan kepada parti ini.

Selain itu,kajian Dr Abu Hasan menunjukkan,tindakan Pas bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi memperkuatkan benteng melawan Umno menjelang PRU13 adalah wajar.

Namun,Pas tidak perlu bergabung membentuk sebuah Parti baru bersama Pakatan Rakyat kerana menurut Dr Abu Hasan,Pas mampu berdiri sendiri sebagai satu parti yang kuat.
-tvselangor.com-

1 ulasan:

mack berkata...

Akum= Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Dr Abu hasan kerana kajian nya dan ulasan nya tentang PAS dibuat masa ini jadi sepatutnya para pemimpin PAS bermuasabah diri serta mengambil ikhtibar daripada apa yang berlaku. Kajian beliau adalah dari sudut ilmu dan falasafah keilmuan tentang kecendrungan sikap manusia yang sentiasa berubah-rubah mengikut keadaan jadi renungkanlah apa yang beliau utarakan.Para pemimpin PAS sepatutnya membuat kajian dari sekarang kenapakah golongan pengundi mereka mula hendak menjauhkan diri dari PAS mungkin ada jawapan nya yang boleh diamabil tentang tidak kepuashatian pengundi tentang corak kepimpinan parti dimasa ini yang lebih mementingkan diri dari mememntingkan kepentingan rakyat dan ada pula setengah pemimpin tiada kesepakatan antara satu sama lain.Sepatutnya pemimpin parti berjaya mengurus EMOSI para pengundi untuk dibawa kePRU 13 nanti tetapi para pemimpin gagal mengurus EMOSI para pengundi sebaliknya mereka menimbulkan perselisihan faham antara pemimpin seolah-olah mereka sedang berperang sesama mereka dengan menimbulakn puak2 dalam parti. Gambaran dan sikap ini bagi pengundi adalah sikap yang buruk dan pemimpin jenis ini tidak harus diberi peluang mewakili rakyat yang pasti akan mengabaikan kepentingan rakyat.Semoga para pemimpin PAS bijak mengurus EMOSI dan ISU supaya keadaan kembali pulih dan para pemimpin PAS ini dapat membina IMEJ yang baik dan sederhana dalam mengeluarkan isu2 yang agak sensitif supaya tidak disalah erti oleh para pengundi.Kebijakan mengurus adalah penting bagi parti2 dalam pakatan rakyat supaya mereka lebih cemerlang menangani isu rakyat dari menimbulkan perkara2 yang tidak ada kena mengena dengan rakyat. Kembaliah kepada perjuangan asal parti2 dalam PR iaitu berkidmat untuk RAKYAT bukan untuk peribadi atau fahaman pemimpin. SEKIAN TERIMA KASIH WSLM