"Diakui SPRM memang berhak nak buka kertas siasatan terhadap penajaan TG Nik Aziz sekeluarga menunaikan haji oleh syarikat Abroad Technology Centre Sdn Bhd. Syarikat ini dikatakan mendapat hak memasang billboard di seluruh Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Siasatlah sehingga puas hati sehingga ke lubang cacing sekali pun. Jangan tinggal walau secebis kertas yang berada paling bawah di dalam laci orang-orang yang disyaki.
Kalau tak berjaya dalam siasatan cukuplah sekurang-kurangnya menimbulkan keraguan kepada rakyat Kelantan khususnya atau seluruh warga rakyat Malaysia amnya terhadap kepimpinan PAS.
Satu masa dulu heboh juga bekas PM Pak Lah melakukan ibadah korban sebanyak 134 ekor (lembu, kambing dan unta) di parlimen Kepala Batas yang disumbangkan oleh DIGI. Langsung tak berbunyi SPRM. Sunyi sepi berbisik pun tidak. Siapa DIGI dan siapa pula Pak Lah ketika itu. Kenapalah agaknya berlaku begitu?
Rakyat masih tak dapat menerima ketelusan SPRM sehingga insiden-insiden sebegini berlaku. Banyak kes-kes yang amat meragui berlaku tapi masih ingin menimbulkan kesangsian rakyat kepada SPRM. Ramai mengakui SPRM ada kuasa nak siasat Nik Aziz tapi bertindaklah pada kadar yang sama terhadap kes-kes yang dilakukan oleh pihak kerajaan memerintah. Jangan kalau kes-kes BN dan sekutunya langsung tak bergerak failnya.
Kes Maika mungkin itulah kes besar yang teringat di kepala ini tetapi masih menjadi x file. Malah amat tidak logik alasan kehilangan bukti kerana pejabat Maika dipecah masuk oleh pencuri.
Kes Bank Bumiputera, Kes Rafidah Aziz, Kes VK Lingam, Kes PKFZ, Kes Kapalselam Altantuya, Kes Runtuh (Stadium, Jambatan dll) dan sebagainya. Ada yang tak berbunyi dan ada yang failnya masih dibuka saja tanpa apa-apa yang dilakukan.
SPRM selamatkanlah BN semampu mungkin. Berpakatlah dengan siapa engkau nak berpakat. Carilah sebanyak bukti yang mampu kau cari. Namun kalau Allah yang maha berkuasa hendak menjatuhkan BN tak mampu dihalang walaupun satu dunia membantu BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan