Abu Firdaus
Setelah lama berjuang, ada ketikanya didapati bahawa ditanya ke manakah perjuangan yang hendak dibawa? Memang jelas bahawa landasan perjuangan adalah tetap Islam. Tetapi adakah matlamat perjuangan untuk Islam mash jelas seperti mana ketika mula diterima dan dilancarkan dahulu? Kalau jelas pun, adakah tindak tanduk seharian seseorang pejuang Islam masih berpegang kepada prinsip asal?
Cuba ingat ketika seseorang itu sedar mengenai Islam. Ia adalah seperti suatu hidayah yang besar maknanya. Kalau orang bukan Islam menerima hidayah, maka pemikiran serta kehidupannya bertukar secara mendadak untuk menjadi Muslim.Tetapi kalau seseorang yang dilahirkan Islam menerima hidayah, maka pemikiran serta kehidupannya bertukar menjadi seorang aktivis dan pejuang Islam.Bagi mereka yang tidak melalui pengalaman hidayah ini, memang sukar untuk faham bagaimanakah seseorang itu melaluinya. Langkah menyertai gerakan islam bukanlah seperti minat dan kecenderongan untuk menyertai mana-mana persatuan atau aktiviti. Kesedaran dan hiayah ini sukar untuk digambarkan bagi seseorang yang tidak melaluinya.
Sememangnya dalam perjuangan lain, terdapat juga kesedaran. Umpamanya dalam memegang sesuatu fahaman atau prinsip, ia juga datang dalam bentuk kesedaran. Contohnya seseorang yang sedar tentang nasib manusia yang ditindas, maka mungkin kefahamannya mengenai keadaan sosio-ekonomi ini membawa kepada seseorang itu menyertai gerakan kiri atau sosialis. Begitu juga dalam lain-lain perjuangan, seperti mana badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangka isu-isu seperti hak asasi dan alam sekitar.
Tetapi dalam soal perjuangan Islam, ia bukan saja berbeza, tetapi lebih istimewa. Ini kerana ia berkaitan dengan agam,a yang benar. Maka tentulah kesedaran terhadap Islam disebut sebagai hidayah, berbanding dengan fahaman-fahaman lain yang tidak berkaitan dengan agama dan kerohanian.
Tentulah berbeza antara orang yang sedar mengenai agama dengan yang tidak. Tetapi memanglah manusia, walaupun sedar mengenai agama, ada masa, malah banyak pula yang sudah lupa, atau hanyut atau jelas lemah untuk terus berfikiran dan melaksanakan gaya hidup secara agama Itulah perlunya peringatan dan semangat supaya semua pejuang agama kembali ke jalan yang benar.
Begirtulah dengan keadaan PAS. Teras parti ini adalah perjuangan Islam. Walaupun banyak pertimbangan dan perdebatan tenga cara mana untuk mengamalkan Islam, tetapi apa yang jelas, asas parti adalah perjuangan untuk agama. Setelah sedar dan ingat tentang kedudukan fahaman seseorang, maka wajarlah dipertimbangkan kebijaksanaan dengan sifat kesedrhanaan, tolak ansur dan penuh timbang rasa dalam pelaksanaan agama.
Jika dilihat PAS dan Pakatan Rakyat , ia merupakan wadah perjuangan Islam dalam erti kata yang luas. Walaupun DAP merupakan sebuah parti sekular yang tegas menolak Negara Islam tetapi banyak sikap dan dasar-dasarnya yang selras dengan kehendak konsep Negara islam. Malah apa yang ada pada DAP itu lebih baik daripada parti-parti komponen Barisan Nasional, khususnya Umno.
Tokoh yang dianggap sebagai ketua iaitu Anwar Ibrahim mempunyai rekod dan sejarah yang jelas berkaitan dengan gerakan Islam, iaitu melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Walaupun beliau kini dipandang bukan lagi dari kalangan gerakan Islam ditambah lagi perwatakannya yang dirundung pelbagai syak wasangka dan fitnah serta banyak spekluasi tetapi perlu diingat bahawa sudah tentu beliau melalui detik-detik di mana kesedaran timbul dengan ditanam azam untuk memperjuangkan Islam.
Begitu juga dengan banyak tokoh dalam Parti Keadilan Rakyat sendiri. Ada antaranya yang terlibat juga dengan gerakan Islam melalui pertubuhan yang berbeza. Tetapi dalam PAS sendiri, sudah tentu umumnya adalah terdiri daripada aktivis-aktivis yang melalui pengalaman hidayah dan sedar mengenai Islam dan perjuangannya.
Maka di sini dalam pergolakan dalaman parti, antrara apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan serta kumpulan erdogan, wajar diingat kembali betapa asas mula perjuangan dalam PAS adalah hidayah dan kesedaran terhadap azam untuk mengamalkan cara hidup Islam secara menyeluruh termasuk dalam siasah dan kehidupan bernegara.
Seseungguhnya kehadiran PAS dalam, Pakatan Rakyat bukan saja menguntungkan tetapi menjadi aliran bernilai bagi parti-parti lain di dalamnya, iaitu DAP dan Keadilan. Setelah menghargai kehebatan prinsip dan perjuangan Islam dalam PAS, maka sewajarnya ahli-ahli, aktivis-aktivis dan menegaskan kembali hasrat perjuangan mereka, mengapa mereka berada dalam gerakan Islam itu sendiri.
Dalam hal ini, bukan saja PAS tetapi keseluruhan gerakan islam di seluruh dunia. Agama Islam sudah dicemari dan dipandang serong dengan kegiartan keganasan yang ditampilkan melalui Al-Qaeda dan Taliban. Tetapi adalah wajar semua pejuang Islam ini mengingatkan satu sama lain tentang permulaan mengapa menerak menyertai gerakan Islam. Adakah untuk melakukan keganasan yang akhirnya menyusahkan umat Islam sendiri?
Dalam hal ini, bagaimana pula Republik Islam Iran ? Negara yanmg dibina atas asas dan kenegaraan Islam. Apakah yang sudah terjadi hingga Iran kini dipandang amat serong oleh pihak Barat, dan bukannya menjadi contoh nyang dibanggakan. Maka Iran sebagai negara dan umat Islam wajar juga kembali kepada semangat asasl perjuangan Revolusi Islam yang mana ia berlaku atas asas kesedaran Islam dan hidayah.
Begitu juga dengan Turki yang diterajui oleh parti islam, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK).. Begitu uga dengan parti Islam di Indonesia, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) adalah atas asas kesedartan beragama. Tafsiran tentunya pelbagai dan tentunya wahar dielakkan fanatisisme. Tetapi kembalilah kepada kesedaran pada awal perjuangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan