"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 lagi siswa ke mahkamah, kes 'puaka' UM

Tiga mahasiswa yang menjadi suspek berhubung kes menconteng perkataan "bini puaka" dan percubaan membakar di sebuah dewan kuliah di Universiti Malaya (UM) dijangka akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur esok.

Ketiga-tiga suspek itu - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - tersebut diminta hadir ke mahkamah tersebut jam 8 pagi.

Shazni Munir, yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, dan Muhammad Aizat ketika dihubungi
Malaysiakini kelmarin mengesahkan perkara tersebut.

Tambahnya, beliau dihubungi oleh pegawai penyiasat kes itu Inspektor Mohd Najeeb Mohd Esam kira-kira jam 10 pagi Jumaat lalu.

Dua lagi suspek diminta hadir ke mahkamah tersebut, di kompleks mahkamah Jalan Duta, pada waktu yang sama.

Shazni Munir, pelajar tahun akhir Akademi Pengajian Islam (API), telah berbincang dengan peguamnya dan dinasihati hadir esok.

Dua lagi pelajar API yang telah dituduh - Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - akan bicarakan di mahkamah tersebut mengikut seksyen-seksyen 427 dan 436 Kanun Keseksaan.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen dituduh bawah Seksyen 427 bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

rosmah mansor and universiti malayaSelain menconteng "C4", "pembunuh Altantuya" dan "bini puaka", mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam satu kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin, 24 Jun lalu.

Kedua-dua pelajar itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen dihadapkan didakwa di mahkamah tersebut pada 30 Jun lalu, dan kes tersebut disebut pada 13 Julai lalu.

Sewaktu sebutan kes, Hakim Rozana Ali Yusoff menetapkan esok hingga 11 Disember ini untuk perbicaraan dua pelajar UM yang dituduh menconteng, menceroboh dan cubaan membakar di sebuah dewan kuliah API.

Tiga lagi suspek kes yang sama ditahan berasingan selepas pertuduhan terhadap Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen.

Shazni Munir, Muhammad Aizat dan Muhammad Saufi masing-masing ditangkap pada 17 Julai, 12 Ogos dan 19 November lalu.
malaysiakini.com-

Tiada ulasan: