"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tanah MAIWP untuk tapak masjid jatuh ke tangan Mah Sing Berhad?

Hj Yasran Bin Hj Hussain

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin membuat aduan kepada Harakah Daily dapatlah kiranya bersama-sama kita mencegah kemungkaran yg berlaku didepan mata kita.

Merujuk kepada perkara yang diatas, adalah dimaklumkan bahawa tanah tersebut adalah merupakan tapak masjid, namun, memandangkan sebuah masjid lain telah didirikan di kawasan bersebelah iaitu Kem Wardieburn, Setapak. Maka, menjadikan tapak ini terbiar.

Tanah berharga ini menjadi rebutan ramai pihak. Arakian, tanah ini juga dijadikan sumber pendapatan sebahagian mereka yang berjawatan yang tidak mengira halal dan haram.

Sebagai rakyat Malaysia saya bukanlah anti pembangunan, akan tetapi sebagai seorang yang beragama Islam saya rasa amat kecewa kerana tanah wakaf ini dipercayai mungkin telah diselewengkan.

Macam mana sebidang tanah wakaf bertujuan kegunaan agama Islam, seluas 3 ekar di kawasan Kuala Lumpur yang bernilai jutaan ringgit ini boleh jatuh ditangan syarikat yang bukan Islam dan bertujuan komersial semata-mata???

Tiada elemen wakaf dan juga tiada elemen kebajikan.

Buta sangat ke pegawai-pegawai di MAIWP, PTGWP, KWPKB mahupun DBKL hingga tidak kenal Islam atau kafir, hingga sanggup menggadai maruah agama mahupun bangsa.

Pertanyaan mengenai tapak tersebut sebelum ini telah diberikan jawapan tapak hanya boleh dibangunkan berkonsepkan tanah wakaf.

Pada satu ketika, di tahun 2008, aktiviti pembangunan yang melibatkan land swap di Kuala Lumpur tidak lagi dibenarkan oleh UPE, JPM.

Perubahan-perubahan polisi yang tidak menentu ini adalah mengelirukan. Atau adakah perubahan polisi-polisi pembangunan berdasarkan kepentingan pihak-pihak yang mempunyai cable yang kuat sahaja? Seperti mana lazim.

Kini, tapak tersebut telah diluluskan untuk pembangunan rumah kedai oleh Mah Sing Berhad sebuah public listed company.

Pada mulanya saya ingin menulis surat kepada SPRM, tetapi setelah dinasihati oleh jiran saya (bekas pengarah BPR) maka Harakahlah tempat terbaik untuk saya mengadu.

Laporan -laporan seperti ini hanya akan memenuhkan KPI siasatan di SPRM namun tidak akan ada kesudahannya nanti. Maka Harakahlah tempat untuk saya mengadu dan untuk merungkai kekeliruan saya.

Sekian, wassalam

Tiada ulasan: