"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Switzerland mafia dunia paling jijik - Gadhafi

TRIPOLI 7 Dis. - Pemimpin Libya, Mohamed Gadhafi berkata, pungutan suara Switzerland untuk mengharamkan pembinaan menara baru (masjid) hanya akan mengundang tindakan Al-Qaeda melancarkan serangan di Eropah, lapor agensi berita JANA semalam.

“Mereka hanya berpura-pura memerangi Al-Qaeda dan menentang keganasan, padahal mereka baru sahaja mengadakan perkhidmatan terbesarnya,” katanya yang merujuk kepada Switzerland sebagai mafia dunia paling jijik.

Keputusan lebih 57 peratus pengundi Switzerland menyokong gagasan sayap kanan untuk melarang kewujudan menara di atas masjid-masjid pada 29 November lalu telah mencetuskan reaksi antarabangsa yang menganggapnya sebagai sikap paling tidak bertoleransi terhadap agama.

Ketika bercakap pada majlis akademik di Zliten, 160 kilometer ke timur Tripoli semalam Gadhafi berkata, negara-negara Islam kini sudah ada hujah untuk tidak membenarkan pembinaan gereja-gereja baru.

-AFP-

Tiada ulasan: