"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerana sayang Tok Guru - Mahfuz

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan gesaannya supaya Abdul Ariffahmi Ab Rahman segera melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) kerana rasa sayang kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Menurutnya, ini memandangkan beliau tidak sanggup lagi melihat ada pihak-pihak tertentu termasuk di laman web dan blog yang mencerca Nik Abdul Aziz kerana isu tersebut.

Beliau berkata, maka atas sebab itu pandangan peribadi itu dilontarkan kerana merasakan persoalan ini harus diselesaikan melalui pengunduran yang segera oleh Abdul Ariffahmi.

''Bukan mahu mengajar sesiapa, ia satu pandangan kerana saya sayang pada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) kerana tidak mahu ada pihak mencerca tok guru atas isu ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

- UM

Tiada ulasan: