"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru dan pelajar Thailand diberi biasiswa, rakyat Malaysia hanya pinjaman!

Angkasanuri
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya di Wilayah Narathiwat Selatan Thailand semalam mengumumkan kerajaan 1Malaysia akan memberi biasiswa kepada guru dan pelajar di wilayah berkenan untuk mengikuti pengajian di isititusi pendidikan di Malaysia.

Langkah berkenaan bertujuan untuk membantu umat Islam minoriti di selatan negara Gajah Putih berkenaan.

Saya tidak berkata tidak bersetuju dengan langkah itu, nak bantu dan beri biasiswa kepada semua guru dan pelajar di negara berkenaan pun tak mengapa.

Islam pun menggalakkan membantu saudara seagama.

Tetapi yang jadi masalahnya ialah majoriti guru dan pelajar di Malaysia hanya mendapat pinjaman dari kerajaan terutamanya melalui PTPN, itu pun kerajaan ambil untung dengan mengenakan faedah keapada mereka.

Beribu-ribu guru di Malaysia yang terpaksa ambil cuti separuh gaji dan ada yang ambil cuti tanpa gaji untuk menyambung pengajian untuk meneruskan cita-cita dan meningkatkan profesion mereka.

Malah ada yang terpaksa membuat pinjaman peribadi di bank untuk menampung keperluan pengajian serta menanggung keluarga kerana tidak cukup pendapatan kerana mendapat separuh gaji sepanjang pengajian.

Namun itu tidak melemah dan mematahkan semangat mereka untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.


Tindakan Najib dan kerajaan 1Malaysia yang kononnya rakyat didahulukan umpama kera di hutan disusu dan dimanjakan, anak di rumah merempat dan kebuluran.

Tiada ulasan: