"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Asri Pun Kena Muhasabah Diri

Bendahara Tun Perak
Assalamualaikum, Secara jujur dan peribadi saya menentang tindakan JAIS menahan Dr Asri dengan tiada hikmah dan tidak kena cara dan tempat. Malahan tindakan JAIS yang membelakangi kerajaan negeri Selangor adalah tidak patut sama sekali.

JAIS adalah agensi kerajaan negeri Selangor dan terletak dibawah penyelarasan Exco Agama Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam, Dr Hassan Ali. Sepatutnya JAIS berbincang dahulu dengan Hassan Ali sebelum mengambil tindakan ke atas seorang tokoh besar seperti Dr Asri yang pernah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Perlis.

Ini kerana, sebarang tindakan JAIS akan memberi implikasi besar kepada pandangan awam terhadap kerajaan negeri Selangor khususnya Menteri Besar dan Exco Agama. Apatah lagi akan merenggangkan hubungan antara negeri Selangor dan Perlis.

Tindakan JAIS membelakangi kerajaan negeri adalah jelas tindakan sangat TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan TIDAK AMANAH.

Dr Asri pun kena muhasabah diri

Dr Asri pun dalam hal ini harus bermuhasabah diri. Dr Asri lantang mengkritik PAS yang dikatakan kuat membangkang dan tidak patuh pada undang-undang kerajaan dengan mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada tahun lepas.

Dr Asri menuduh PAS dengan macam-macam tuduhan dan mengatakan wajib kita umat Islam taat dan patuh pada pemerintah dan tidak boleh membangkang. Nahh..sekarang Dr Asri sendiri tidak patuh pada undang-undang dan pemerintah.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor telah dikuatkuasakan semenjak tahun 2003. Kenapa Dr Asri tidak patuh dan melanggarnya?...sedangkan Dr Asri menghentam PAS dengan mengatakan kita wajib patuh pada undang-undang dan tidak boleh berdemonstrasi...sekarang Dr Asri sendiri tidak patuh pada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.

Sekarang Dr Asri pula meminta rakan-rakan berhimpun di hadapan Mahkamah Syariah Daerah Gombak Timur untuk menyatakan sokongan..tidakkah itu juga satu bentuk demonstrasi yang Dr Asri kata haram dahulu????.....

Oooo..bila PAS berhimpun menyatakan sokongan kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI...Dr Asri kata haram...tapi bila geng-geng Al-Qayyim berhimpun menyatakan sokongan kepada Dr Asri di Mahkamah Syariah Gombak Timur..boleh pulak???????

Muhasabah la Dr Asri....sekarang baru kau sedar mana kawan dan mana lawan. PAS yang kau hina dulu tu la yang sekarang mempertahankan kau daripada kezaliman...sedangkan UMNO gelak besar bila tengok kau kena tahan........

Muhasabah la.......

p/s
jangan dr nak saman saya pula sebab tegur dr...saya anak murid dr jugak masa di USM dulu.......hehe

....
http://marul77.blogspot.com/

Tiada ulasan: