"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

GPMS produk tulin BTN

notan
Petang tadi aku terdengar satu berita mengenai lapuran polis GMPS terhadap MP Ipoh Timur kerana mempersoalkan ketuanan melayu ketika perbahasan Parlimen. Kata GPMS(yang wakilnya aku dah lupa namanya), ucapan MP Ipoh Timur itu menguris perasaan orang melayu serta mempersoalkan perlembagaan negara(lebih kurang macam tulah).

Lapuran polis ini mendedahkan satu perkara ia itu pengaruh besar BTN terhadap pemimpin pemimpin GPMS. Jelas sekali, pada ketika rakyat kebanyakan terutamanya melayu mula mempersoalkan kejahatan BTN,GMPS terus menerus menterjemahkan silibus BTN khususnya melalui ketuanan melayu.

Ketika ramai bekas peserta BTN yang terdiri dari orang melayu mendedahkan bagaimana mereka cuba diperbodohkan oleh BTN, GPMS tampil dengan kebodohan BTN itu.Melaungkan ketuanan melayu dan mendakwa orang melayu terguris kerana ucapan MP Ipoh Timur di parlimen merupakan satu jenaka dan satu bayangan BTN yang terserlah dalam GPMS.

GPMS meneruskan kebodohan BTN sebenarnya dan cuba memperbodohkan orang lain.Apa tidaknya, semua orang sepatutnya tahu bahawa seorang MP ada imuniti ketika berucap di parlimen, jadi apa ker jadahnya, lapuran polis itu dibuat.Serta apa ke jadahnya polis menerima lapuran itu? tidakkah itu kerja bodoh namanya? Begitu juga berita yang disebarkan oleh BERNAMA itu boleh dikatakan berita bodoh juga.

Alangkah berkesannya kursus BTN kepada GPMS sehingga sampai sekarang tidak dapat menerima perubahan dan bantahan kepada ketuanan melayu.Melayu, melayu, melayu, itu sahaja yang GPMS tahu tetapi mereka dibutakan mata ketika melayu UMNO merosakkan melayu lain, Mereka tidak dapat melihat melayu dalam warna yang lain selain warna biru walaupun hampir semua pemimpin mereka merupakan intelek.Intelek yang dibutakan mata oleh BTN, dirasuk hantu BTN dan dicucuk dadah yang berjenama BTN.

GPMS nampaknya tidak dapat melihat realiti kehidupan sebenar orang melayu, GPMS tidak pernah nampak bagaimana orang melayu menjuarai perlumbaan rempit di jalan jalan raya, tidak pernah mahu nampak bahawa orang melayu membanjir universiti universiti serenti, tidak nampak bagaimana orang orang melayu menguasai aktiviti lepak di pusat membeli belah sehingga kejadian terbaru di KB Mall turut dilakukan oleh orang melayu juga.

GPMS buta bahawa orang melayu sudah bosan dengan ketuanan melayu.GMPS tidak sedar bahawa orang melayu hari ini merindui kualiti pelajar pelajar yang pernah berdemo pada tahun 1974 dulu.GPMS sepatutnya mengetuai perjuangan membela orang melayu seperti pelajar pelajar tahun 1974 dulu.Tetapi kerana GPMS sudah dibutakan oleh BTN, maka semua kualiti yang diharapkan itu berkubur begitu sahaja.Lantaran kedudukan orang melayu di kampung kampung yang berselerah(walaupun sudah tidak ada yang kebulur seperti 1974 dulu) langsung tidak pernah diperjuangkan oleh GPMS.Tetapi mereka menunjukkan muka tidak malu dengan melaungkan ketuanan melayu.

Orang melayu masih mahu ditidurkan dengan kenyataan seperti kenyataan MP Ipoh Timur itu mengguriskan perasaan orang melayu.GMPS merupakan hasil tulin BTN dan Nordin Kordi.Kerana itu GPMS sedikitpun tidak ada rasa malu ketika membuat lapuran polis itu.

Tiada ulasan: