"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bila Pemimpin PAS Tidak Lagi Berjuang Kerana Agama

ramziredang
Seorang yang berjuang agama, mungkin dapat menahan sabar jika dirinya diuji dengan kesusahan dan kesempitan hidup. Malah itu semua menjadi satu kemanisan iman dan menambahkan rasa keindahan berdamping dengan Allah yang Maha Kuasa. Tetapi bila dia didatangkan satu kemewahan dengan secara yang tidak disangka, maka satu masa jika kemewahan itu ditarik balik, hatinya sangat sukar untuk tenang lagi. Padahal dulu dia memang seorang yang susah. Tetapi dia tidak dapat lagi menerima kehidupan yang susah setelah menikmati segala keindahan dunia. Dia sendiri yang selalu memberi kuliah dan tazkirah, telah terlupa bahawa dia sendiri sedang diuji.

Tuhan yang Maha Berkuasa menggerakkan hati seorang korporat untuk menghadiahkan sebuah kereta Camry. Tuhan jugalah yang mentakdirkan kereta tersebut dicuri. Maka disaat itu hatinya mulai goyah. Kerana keselesaan dan bergaya telah mula dirasainya. Maka diikhtiarkan juga untuk mendapatkan Camry yang baru.

Bila ditugaskan dan dibebankan sesuatu kerja yang memerlukan keadilan maka dia tidak lagi mampu berlaku adil. Mungkin dia telah lupa bahawa dia sentiasa diperhatikan oleh Yang Empunya Segala kerajaan langit dan bumi.Contoh contoh cerita perbicaraan antara saidina Ali r.a dengan yahudi tidak lagi dapat dihayati dengan sepenuhnya. Dia sendiri telah lalai dari apa yang dia telah tazkirahkan pada jemaah makmum selama ini.

Dia sendiri telah bersikap puak. Dia sendiri telah lupa bahawa seandainya seorang musuh datang menuntut keadilan, maka adillah. Dia lupa bahawa RasuAllah sanggup memotong tangan seandainya Siti Fatimah mencuri.

Lupakah ia, perjuangan Islam memerlukan segala galanya dari segi jasmani dan rohani.

Suatu masa, saya rasa berbesar jiwa kerana memandu di tengah malam di lebuhraya yang gelap kerana ingin mengambil dokumen untuk memproses Camry yang hendak dihadiahkan orang kepadanya. Pada masa itu saya merasa penuh kasih dan sayang untuk melakukannya. Pada masa itu saya sangat memandang tinggi padanya. Tetapi sekarang hati saya telah berubah.

Benarlah, bila diuji dengan kesusahan, manusia selalu berkata aku diuji tetapi bila dilimpahi kesenangan, dia lupa, padahal itulah ujian yang lebih besar.

(Tulisan ini berdasarkan pengalaman dan tentang dua persepsi berbeza penulis terhadap seorang pemimpin)

Tiada ulasan: