Al-Brangi
Terasa amat malu untuk mengulas peristiwa pengakuan seorang hamba Allah yang kelihatan warak, lantas teringat akan sebuah Hadith SAW...diantara mafhumnya, 'seorang anak muda yang hatinya sentiasa terpaut ke Masjid', bersahaja, tenang, selamba, 'lembut' dll semalam.
Jika dulu tilam dijadikan sebagai bahan bukti, diusung ke hulu ke hilir, 1Malasia senyum sinis. Tidak ada seorang makluk manusia, hatta makhluk jin sekalipun boleh sampai di akal untuk mempercayainya.
Mereka pun amat arif bahawa dengan hanya bermodalkan tilam, mustahil boleh memenjarakan seseorang. Tilam hanya menjadi alat untuk memalukan serta mengaibkan seseorang.
Kali ini, dengan bermodalkan ayat-ayat selamba serta suara yang lembut lagi men'yakin'kan, keluar pula dari seorang yang berperawakan 'warak' dan kelihatan sebagai ahli 'sujud' di sepertiga malam dengan harapan dapat memukau para hadirin. Ini disokong pula kononnya bukti 'air' yang hina kedapatan di'lurah' sana.
Sungguh jijik lagi meloyakan.
Apa makna semuanya ini?
Ini semata-mata ingin mengwujudkan kebencian rakyat, kemarahan yang amat sangat serta memberi tekanan mental kepadanya agar melupai sama sekali hasrat untuk menerajui negara dan terus ber'hijrah' ke 'puncak' sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan