Angkasanuri
Sepanjang yang saya tahu macam-macam kenaikan, insentif diberi oleh kerajaan 1Malaysia kepada anggota polis. Terbaru semalam kerajaan 1Malaysia mengumumkan seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menikmati pelarasan kenaikan gaji dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) antara RM1,500 hingga RM6,000 berkuat kuasa 1 Januari 2009.
Dalam masa yang sama semua jabatan kerajaan yang lain dipotong perbelanjaan mengurus yang menyebabkan banyak program dirancang tiak dilaksanakan. Tidak terkecuali institusi pendidikan seperti sekolah yang turut menerima kesannya. Misalnya bantuan makanan tambahan dan program bantuan susu segar untuk anak-anak miskin di sekolah dihadkan. Bagi ibu bapa berpendapatan lebih RM 3000 yuran makan asrama anak mereka dinaikan dari RM 30 ke RM 90. Kenaikan 200%. Manakala ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah berasrama akan 'dipaksa' mengambil anak mereka setiap hujung minggu kerana kerajaan 1Malaysia hendak menjimatkan kos makan minum pelajar pada hari hujung minggu. Bayangkan ibu bapa yang duduk berjauhan dari anak mereka di asrama terpaksa menggeluarkan kos setiap kali anak mereka pulang pada cuti hujung minggu.Itu senario di sekolah kalau di jabatan dan agensi kerajaan lain masalah serupa dihadapi. Malah sudah dengar ura-ura bahawa elaun kakitangan awam bakal ditarik balik. Bonus? Tak usah mimpilah...Tetapi dalam kata kerajaan kata tak ada duit nak jimat perbelanjaan, seluruh anggota polis mendapat pertambahan elaun yang cukup luar biasa!
Apa motif kerajaan 1Malaysia? Sebelum ini anggota polis bakal memiliki Mykad, bermakna boleh mendaftar sebagai pengundi biasa. Hari ini sedang berlaku percaturan politik yang cukup hebat. Dato Seri Anwar sedang dibicarakan. Dun Perak berada dalam situasi tak menentu. Usaha memujuk dan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat sedang giat dijalankan. Isu perkauman melibatkan bakar masjid dan gereja sedang hangat diapi-apikan. Lebih menghairankan apabila YB Azmin Ali mendakwa mempunyai bukti Umno terlibat membakar gereja, tidak lagi berlaku kejadian berkenaan. Walhal kejadian itu sebelum ini berlaku secara bersiri.
Semua yang berlaku boleh mencetuskan suasana gelombang reformasi kedua kebangkitan rakyat. Maka dalam hal ini sokongan pihak polis adalah sangat penting bagi 'menyokong' semua tindak tanduk kerajaan 1Malaysia. Jadi saya tak hairan polis dapat habuan begitu besar. seperti kata Allahyarham P. Ramlee dalam cerita Madu Tiga...Baik ada makna tu
1 ulasan:
salam,
Polis dibela macam anak emas, supaya menyokong kerajaan utk mempertahankan politik BN. aku askar pencen macam anak tiri malah lebih teruk lagi macam pengemis.
Lihatlah askar pencen sampai kutip besi buruk cari makan.. dah jadi macam paria. Yang ni nak marah betul. Anak sekolah byk acara kena potong, merentas desa contoh... Senang-senang bagi polis pelarasan sana-sini. Hari-hari dok pelarasan tak cukup-cukup lagi ka!
Catat Ulasan