"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat: Perbicaraan di tempat kejadian

Al Qayum Azizi Dan Au Yeong How

KUALA LUMPUR: Hakim, pihak pembelaan dan pendakwaan tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 12.05 bagi menjalankan prosiding on-site bagi kes liwat Anwar Ibrahim.

Anwar, Saiful turut tiba di kondominium itu bersama Sankara Nair beberapa minit kemudian. Jurugambar dan media dihalang daripada memasuki bangunan bagi melancarkan proses prosiding.

Ketika Saiful tiba di kondominium itu, Exco wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fairouze Harun bertindak mencaci Saiful dengan memanggilnya lelaki dayus. Perbuatan itu turut diikut oleh sekumpulan wanita daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak mencaci Saiful di hadapan pihak media.

Pada jam 12.40, kelihatan kereta MPV yang dinaiki Anwar bersama peguamnya, Kamar Ainiah keluar dari kawasan Kondominium Desa Damansara.

Pada 12.54 pula, kelihatan kereta MPV yang dinaiki oleh peguam tertuduh, Karpal Singh meninggalkan pekarangan kondominium. Pada pukul 1 petang, Hakim, Saiful dan pihak pendakwa raya meninggalkan kondominium itu.

Hakim bagi perbicaraan kes itu meluangkan masa selama sejam di kondominium yang didakwa menjadi tempat kesalahan didakwa berlaku.

Semasa lawatan mahkamah ke kondominium tersebut, Saiful telah mendemonstrasikan bagaimana kejadian liwat itu berlaku di hadapan hakim.

Mahkamah kembali bersidang jam 2.30 petang ini.

-MStar-

Tiada ulasan: