"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar Menuruni Tangga Untuk ke Sungai Buloh?

Mohd Sayuti Omar

HARI ini selain hari genapnya usia saya ke 50, ia merupakan hari baru kepada politik Malaysia. Malaysia sekali lagi mencatat perisitwa yang tidak menyenangkan. Tetapi kerana mungkin kerana tidak dapat dielakkan maka hari ini terpaksa dihadapi juga meskipun ia amat memeritkan. Hari yang saya kira putih bagi saya tetapi gelap bagiAnwar Ibrahim.

Sedih juga sebenarnya. Saat saya meniup lilin ke 50, Anwar terpaksa pula melangkah ke tangga mahkamah untuk kali entah ke berapa. Apakah harus saya korbankan kebahagiaan ini demi Anwar? Barang kali tidak, biarlah saya berkongsi kebahagiaan kerana genap 50 tahun dengan kemalangan nasib Anwar terpaksa berada di kandang orang salah sekali lagi.

Fitrnah bagi seorang pejuang seperti itu begitulah. Adat seorang pejuang sebelah kakinya di luar dan sebelah lagi di dalam.

Hari ini bermulanya perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar oleh pembacuh kopinya. Walaupun berbagai usaha teknikal dilakukan bagi menghalang kes ini dibicarakan, namun tidak berjaya. Kesungguhan dipihak yang ingin membawa Anwar sekali lagi ke muka pengadilan menerusi tuduhan keji nampaknya berjaya. Anwar telah berusaha sedaya mungkin untuk mengelakkan dari dibicarakan, tetapi tidak berjaya.

Jika usaha itu - pendakwaan, untuk menjatuhkan imej Anwar sebagai pemimpin dan mengaibkannya, ia berjaya. Anwar sudah kalah satu kosong. Nampkanya tidak ada kompromi dalam hal ini antara Anwar dan Perdana Menteri.

Kita menerima apa juga kesalahan perlu mendapat keadilan. Mereka yang bersalah perlu dihukum. Hukuman itulah untuk mendapat keredhaan Allah di akhirat nanti. Itulah namanya keadilan. Tetapi satu perkara perlu diingatkan, tindakan manusia selalunya tidak sekeras kanun yang disediakan oleh manusia juga. Dalam banyak hal kebijaksanaan manusia dituntut untuk melestrikan kehidupan yang bahagia.

Bukan tidak pernah kes-kes berat yang diselesaikan secara kebijaksanaan manusia yang berlaku di negara ini! Banyak! Tetapi dalam kes Anwar ini kebijaksanaan semua manusia nampaknya seperti sudah termansuh sama sekali. Semua seakan melupai akan hikmah atas kebijaksanaan itu. Semuanya kerana amarah dan kegilaan manusia untuk berkuasa.

Tidak dapat tidak kes pendakwaan Anwar bermula hari ini ia memberi kesan negatif kepada politik negara ini. Belum tahu sama ada Anwar bersalah atau tidak, mahkamah akan membicarakannya. Tetapi yang nyatanya kes ini memberi satu masalah baru. Malaysia akan mengambil masa untuk menghuraikan perisitwa ini dan ini satu kerugian dari segi moral kepada Malaysia sebagai sebuah negara.

Dunia luar akan memberi fokus semula kepada Malaysia. Walaupun ia tidak sehangat apda tahun 1998 di mana ketika berlaku kes pertama dahulu, namun kes kali ini tetap menjadi perhatian dunia.

Impilikasinya juga kepada Mohd Najib Razak selaku perdana menteri. Walaupun Naib cuba mengelakan dan mencuci tangan, cuba menyatakan dia tidak bertanggungjawab, dunia akan tetap menyuluh Najib ada perananya. Najib ada saham di sebalik pendakwaan itu. Istilah konspirasi kedua akan terus dijaja.

Dunia akan melihat pendakwan ke Anwar bukan berlandaskan kepada kebenaran dan fakta, tetapi berlandas kepada nafsu dan kerakusan Najib. Kebimbangan Najib kepada kehebatan dan ketokohan Anwar. Paling buruk orang akan menganggap tindakan ke atas Anwar itu Najib sebagai meneruskan kerja-kerja jelek dan tidak berperikemanuisaan dilalukan Dr Mahathir Mohamad.

Orang yang mengkaum Anwar dan taksub dengan sandiwara politik Anwar akan mencongak pendakwaan ke atas Anwar itu adalah sebagai membalas dendam. Ataua satu cara untuk menutup mulut Anwar dan orang-rangnya dari becakapa hal pembunuhan kejam Altantuya. Lebih buruk lagi orang akan menganggap ialah ada strategi politik Najib untuk mendapat mandat baru dari rakyat. Kerana itu ada orang mengira sebaik saja Anwar direngkukkan ke dalam penjara Najib akan bersiap sedia mengadakan pilihan raya umum ke-13.

Pada saya perkiraan itu silap sama sekali. Benar, pengaruh Anwar nampak bekurangan. Namun simpati dan sokngan di bawah masih banyak. Kalau Najib mengharapkan dengan mengurungkan Anwae beliau dapat bergerak bebas ia adalah silap. Najib tidak boleh lupa di luar sana pengaruh dan penyokongnya masih ramai.

Kelemahan kerajaan hari ini bukan kerana kehebatan dan aura yang ada kepada Anwar. Kelemahan kerajaan hari ini kerana kelemahan orang menguruskannya. Populariti Najib sebagai pemimpin masih berada di tahap bawah. Apa yang perlu beliau lakukan bukan memanjarakan Anwar tetapi membebaskannya, tidak mengambil tindakan! Kalau itu yang Najib lakukan ia akan dilihat lebih gentleman dan hebat dari Mahathir dan Abdullah dalam konteks menghadapi Anwar.

Perbicaraan tidak dapat ditunda lagi. Apa yang diharapkan biarlah perbicaraan kali ini berjalan dengan tertib dan tidak ada elemen untuk mengaibkan Anwar. Sebanyak 21 saksi yang dikemukakan biarlah saksi yang bukan fasik. Berilah keterangan dengan jelas dan bukan mengikut naluri politik pihak tertentu.

Begitu juga kalau ada barang-barang bukti seperti bantal dan tilam umpamanya, pihak boleh sewaktu membawanya ke mahkamah janganlah diusung tinggi, cukuplah dikelek saja. Berpadan patutlah kalau kita ingin memngemukakan bukti dan menampilkan jangan sampai kita semua malu.

Harapan saya biarlah perbicaraan berjalan secara baik dan ia juga tidak patut kalau dijadikan modal politik oleh mana-mana pihak!
[wm.kl. 8:55 am 03/02/10]

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: