"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis pertahan tindakan lepaskan tembakan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertahankan tindakan mereka melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri dalam satu kes curi di Gombak 30 Okt tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian yang berlaku 4.30 pagi itu, anggota polis yang meronda terserempak dengan kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Polis arahkan supaya berhenti untuk pemeriksaan tetapi suspek enggan sebaliknya memecut ke arah Selayang dan seterusnya ke Gombak.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta suspek kerana cuba merempuh anggota polis," katanya.

Beliau berkata pemandu dan seorang penumpang perempuan dalam kenderaan itu cedera dan telah menerima rawatan segera di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ku berkata pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut mendapati ia adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Alor Setar, Kedah dan turut dijumpai adalah parang, kapak, nombor pendaftaran palsu, pisau, besi kuku kambing, pemutar skru, kikir, cukai jalan palsu dan tombol kunci yang telah diubah suai.

Katanya kes berkenaan masih dalam perbicaraan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan sebarang demonstrasi yang mungkin akan diadakan berhubung tindakan mempertahankan diri dalam kes itu.

"Sesungguhnya pihak polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan demonstrasi di Bukit Aman esok, " katanya.

-Bernama-

Tiada ulasan: