"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar mahu Utusan Malaysia didakwa hina mahkamah

KUALA LUMPUR, Feb 4: Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agar Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung laporan akhbar itu hari ini mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang itu.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata mahkamah perlu bertindak dan merujuk akhbar itu dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun ia berlaku di luar mahkamah.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata apa yang berlaku hanyalah “laporan kurang tepat” tetapi Karpal Singh bertegas ia satu perbuatan menghina mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata kenyataan Karpal mengenai pemilik akhbar itu adalah tidak wajar.

“Ia lebih kepada soal laporan yang tepat atau tidak dan bukannya laporan palsu. Mahkamah perlu diyakini bahawa perbuatan menghina telah dilakukan sebelum tindakan dapat diambil,” kata hakim Mohamad Zabidin.

Perbicaraan ditangguhkan selama lima minit bagi membolehkan hakim membuat keputusan.

Apabila disambung semula, hakim Mohamad Zabidin memberitahu pasukan pembelaan Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah.

Tajuk muka depan Utusan Malaysia hari ini berbunyi “Tak rela diliwat lagi”, dengan terdapat gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa Anwar meliwatnya pada Julai 2008.

-Bernama-

Tiada ulasan: