"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Harakahdaily.net diserang sampai tutup

KUALA LUMPUR, Feb 4: Di tengah kehangatan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, server Harakahdaily.net telah diserang dan terpaksa ditutup.

Harakahdaily, iaitu situs berita PAS, mula tidak boleh dimasuki jam 1.30 tengahari tadi. Ia disebabkan oleh serangan di server farm pembekal menyebabkan pembekal terpaksa menutup server itu.

Menurut bahagian teknikal Harakahdaily.net, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikannya dan sasaran 6.00 petang telah diberikan untuk Harakahdaily.net pula.

Yang terakhir, Harakahdaily.net menyiarkan satu analisa tentang perbicaraan Anwar dari Sodomi I hingga kes sekarang.

Penekanan diberikan tentang peranan internet dan blog yg tidak ada semasa Sodomi I dahulu.

-malaysianinsider-


Tiada ulasan: