Mohd Sayuti Omar
BILA ada individu rakyat Kelantan yang mengambil inisiatif untuk membawa 40 orang ulamak ke Makkah untuk mengadakan munajat khas berhubung royalti minyak ada orang yang tidak berkenan dan bersetuju angin. Katanya peruntukan sebanyak RM400 ribu adalah terlalu banyak dan sepatutnya wang itu dibelanjakan kepada fakir miskin.
Kata orang itu kalau bawa fakir miskin sekurang-kurangnya sudah lepas tanggungjawab fardu ain mereka.

Saya tidak fikir orang berkata demikian dan meragui mengenai projek itu tidak faham dan dapat membezakan antara ulamak dengan fakir miskin. Tujuan munajat itu adalah untuk mendapat hak Kelantan yang dinafikan oleh kerajaan Persekutuan. Kalaulah wang royaliti sebanyak RM800 juta itu dibayar ia bukan saja dapat meringankan beban fakir miskin tetapi seluruh rakyat Kelantan.
Saya juga tidak tahu apakah munajat fakir miskin lebih afdal daripada munajak para ulamak? Rasanya orang berkenaan lebih cerdik daripada Umno. Umno menerima kemasukan 40 ulamak dan bukan 40 fakir miskin. Sepatutnya Umno juga perlu menerima 40 fakir miskin.
Apakah matlamat dan tujuan ini pun tidak dapat dibaca oleh orang berkenaan. Bagaimana anda menjadi seorang wakil rakyat kalau perkara seperti ini tidak dapat difahami akan maksud dan tujuannya. Atau membezakan antara si fakir dengan ulamak.
Saya tidak mahu mengulas mengenai kebebalan dan kebodohan orang berkenaan yang menentang usaha untuk membawa 40 ulamak itu. Pada saya orang itu hanya sengaja menunjukkan kebodohannya tanpa diminta sesiapa. Saya hanya tersenyum bila mana orang itu melahirkan rasa bimbang mengenai tabung berkenaan. Kononnya beliau seorang jujur dan ikhlas dan membenci perkara mungkar seperti menyonglapkan wang.
Ujar orang itu yang syok sendiri kononnya dia jujur dan ikhlas, dermawan dan budiman, pasal wang ini budak pun berebut yeop. Ertinya dia tidak percaya wang itu diuruskan dengan betul mencapai tujuannya itu. Saya cukup tahu kenapa orang itu berkata begitu dan bimbang dengan masalah keselamatan wang, sebabnya orang berkenaan cukup memahami dan ada tawarikh mengenai hal-hal mungkar begitu.
Orang berkenaan banyak pengalaman dan arif mengetahui kisah penggelapkan wang. Dia juga tahu kisah bagaimana orang menggunakan agama, beri ceramah agama, baca hadith dan ayat Quran atas mimbar masjid untuk dapagkan wang. Dia juga tahu bagaimana cerita orang menjalankan kutipan derma untuk seorang anak kawan yang sakit, kemudian wang itu hilang begitu saja.
Orang itu juga ada pengalaman dan mengetahui bagaimana seorang calon pilihan raya menghantar SMS meminta wang untuk perbelanjaan pilihan rayanya tetapi akhirnya wang berkenaan tidak sampai satu senpun dan orang lain yang membayar segala perbelanjaan.
Mungkin kerana orang itu ada pengalaman, tahu segala kisah menyebabkan dia bimbang dengan penganjur munajak berkenaan akan melakukan penyelewengan seperti mana diketahuinya.
Di sini saya tidak mahu mengatakan penganjur tabung munajak itu seorang malaikat. Tetapi dia inilah yang pernah membantu seorang wakil rakyat yang dikenakan tindakan petisyen di mahkamah. Pernah menghabiskan wangnya sendiri membantu seorang kawannya yang bertanding dalam pilihan raya. Malahan pernah diajak menjadi saksi kepada petisyen terhadap seorang wakil rakyat.
Beliau diajar supaya bercakap bohong, menipu mahkamah dengan menjadi saksi atas pembelaan dalam kes petisyen berkenaan. Allah Al Azim ... petisyen berkenaan tidak berlaku disebabkan ada perundingan. Kalau tidak kawan yang budiman itu akan turut sama terjebak melakukan kejahatan dan penipuan kepada mahkamah.
Justeru orang ramai yang membaca laporan mengenai kebimbangan orang berkenaan berhubung dengan projek membawa 40 ulamak ke Makkah itu boleh menilai sendiri siapa yang korup, siapa yang penipu dan siapa yang hipokrit dalam hidupnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan