"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terbukti Datuk Bandar KL Kuli Umno

Herman Samsudeen
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail membenarkan dirinya menjadi kuli kepada Umno. Ini terbukti bilamana Umno Bahagian Titiwangsa secara terang-terangan meletakan gambar wajah beliau dalam semua banner bagi program Rumah Terbuka Bahagian itu yang dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober ini. 

Apakah maksud gambar beliau diletakan dalam banner itu. Selalunya gambar yang diletakan dalam mana-mana banner itu mempunyai kaitan terus dengan organisasi yang mengeluarkannya, sama ada dia sebagai pemimpin atau ahlinya. Program berkenaan adalah anjuran Umno Titiwangsa dan Persatuan Penduduk PPR Hiliran Ampang. Apa yang pasti, beliau bukanlah penghuni rumah PPR atau ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk berkenaan.

Tiada keperluan gambar beliau diletakan disitu walaupun PPR berkenaan dibawah pentadbiran DBKL melainkan beliau mempunyai kepentingan peribadi melibatkan Umno.

Sebagai penjawat awam yang menjadi orang nombor satu dalam DBKL beliau sepatutnya bebas dari kekangan politik atau pengaruh orang politik walaupun yang menjadi Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar adalah orang kuat Umno Wilayah.

Datuk Bandar kali ini gagal menunjukan imej bebasnya dan melanggar peraturan penjawat awam yang tidak membenarkan pegawai dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk terlibat dalam politik kecuali bagi guru sekolah.

Peraturan yang melarang penjawat awam terlibat dengan politik ini perlulah dimansuhkan serta merta, jika Kerajaan mahu berlaku adil. DPPWP kesal kerana Kerajaan membelakangkan peraturan yang mereka ciptakan dan pengharaman itu jelas terhad kepada penjawat awam yang pro-Pakatan. Jika mereka pro Umno-BN maka mereka diberikan kebebasan politik yang mutlak.

DPPWP berharap agar selepas ini Datuk Bandar KL ini sedar diri bahawa beliau seharusnya berkhidmat dengan adil bagi semua rakyat dan wajib memberikan kerjasama kepada semua ahli parlimen di Kuala Lumpur yang majoritinya adalah dari Pakatan Rakyat. Beliau seharusnya menghabiskan lebih banyak masa dengan wakil rakyat yang dipilih rakyat bukannya dengan Ketua-Ketua Bahagian Umno.

Menteri Wilayah yang dilantik sebagai Senator dari pintu belakang belakang pejabat Najib juga harus sedar diri bahawa jawatan beliau sebagai Menteri adalah untuk berkhidmat bagi semua rakyat bukannya untuk kepentingan Umno sahaja. Umno, jadi jangan sesekali menyalahgunakan kedudukan yang ada demi kepentingan Umno sahaja.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Tiada ulasan: