GEORGETOWN 30 SEPT: Umno dilihat cuba mengheret warga emas yang selama ini diabaikan kebajikan mereka sepanjang pemerintahan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan kuasa mereka.
Exco Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim percaya tindakan lebih 40 warga emas memulangkan wang ihsan RM100 setahun sumbangan kerajaan negeri itu, didalangi pihak tertentu termasuk media arus perdana yang menggembar-gemburkan kononnya ia dari sumber haram.
Hakikatnya, beliau berkata, sumbangan kepada warga emas beragama Islam adalah hasil jimat cermat kerajaan negeri bagi membolehkan bantuan disalur melalui program sumbangan warga emas dan golongan miskin tegar.
Beliau berkata demikian dalamsidang media di Pejabat Ketua Menteri jam 12 tengah hari tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan