"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pandangan Richard Bronson Senada Ulama Terkenal Dunia

DAMANSARA 30 SEPT: Kenyataan tokoh dan pimpinan negara Barat yang mengecam perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, senada dengan pandangan ulama terkenal dunia.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kritikan Richard Bronson baru-baru ini selaras dengan pandangan Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Taha Jabir Al-alwani, Maulana Ihsan Hendriks dan lain-lain.
Pada satu kenyataan media, beliau yang merakam penghargaan dan mengalu-alukan kenyataan sedemikian , berkata kerajaan Malaysia perlu lebih terbuka dan memandang serius pandangaan mereka kerana imej negara tercemar jika senario ini berterusan.
Beliau berharap kenyataan tokoh perniagaan Kumpulan Virgin Air itu menjadi indikator jelas buat pimpinan Umno Barisan Nasional untuk melaksanakan reformasi sistem.
“PKR konsisten mempertahan prinsip kedaulatan undang-undang melalui sistem kehakiman yang telus dan saksama. Yang kekal dikecam ialah penyalahgunaan proses mahkamah dan memperalat jentera dan instrumen kerajaan untuk memfitnah sewenang-wenangnya,” kata beliau.
Richard sebelum ini menyatakan imej Malaysia tercalar di mata-mata dunia berikutan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Anwar dan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan bagi memulihkan keadaan itu.
Sebelum ini, beberapa ulama termasuk Sheikh Yusuf menyatakan sokongan dan simpati terhadap nasib Anwar yang dianggap mereka menjadi mangsa kerakusan politik kerajaan pemerintah.
-tvselangor-

Tiada ulasan: