Kereta itu adalah hadiah daripada ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 2004.Menurut Saiful Bukhari, kereta Waja berwarna perak itu disedarinya hilang ketika meletakkannya di Lorong Medan Tuanku, Kuala Lumpur malam tadi.
"Saya telah membuat laporan di balai polis Dang Wangi dan menyerahkan polis untuk menyiasat perkara itu.
"Saya sedang makan dan apabila kembali, saya sedari kereta saya hilang,” katanya kepada Malaysiakini.
Saiful Bukhari berkata dalam mesej twitternya semalam, beliau memohon sesiapa yang menjumpai keretanya dengan nombor pendaftaran WLG9170 untuk menghubunginya atau pihak polis.
"Saya berdoa kepada Tuhan dan menyerahkan perkara itu kepada Allah," katanya di twitter.
Jadi tumpuan
Beklas pembantu Anwar itu menjadi tumpuan sejak 2008 apabila membuat dakwaan beliau diliwat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Ini mengakibatkan perbicaraan ke atas Anwar yang terus berlangsung sehingga hari ini. Saiful telah memberi keterangannya sebagai saksi pertama dan juga telah disoal-balas oleh peguam Karpal singh.Antara pengakuannya adalah bahawa kejadian liwat itu berlaku di kondominium Desa Damansara dan dia bersama beberapa timbalan pendakwa raya dan peguam telah melawat lokasi berkenaan.
Perbicaraan juga dijadualkan diteruskan pada 14 Oktober ini dengan Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur yang pernah merawatnya, tampil untuk disoal-balas.
Saiful Bukhari juga mencuri tumpuan apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif, yang merupakan anggota pasukan pendakwaan dalam kes liwat itu.
Sejak itu, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah menggugurkan Farah Azlina daripada pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Meskipun dicabar oleh Karpal Singh, kedua-dua mereka, Farah Azlina dan Saiful Bukhari belum secara terbuka menafikan dakwaan hubungan mereka. Peguam kanan itu juga telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengheret kedua-dua mereka supaya memberi keterangan tetapi hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolaknya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan