“Saya tidak pernah meletakkan cita-cita untuk menjadi perdana menteri, atau (menjawat) apa-apa (kedudukan). Kalau saya hendak main politik sepak terajang (ball politics), lebih baik saya berada dalam Umno.
“Saya lebih gembira dengan politik idea, isu, tentang kejujuran dan amalan (pentadbiran) yang baik untuk negara ini kerana ia akan membawa kita lebih jauh. Tapi disebabkan politik kita belum mencapai tahap (kematangan politik) seperti itu, jadi kita tidak dapat mencapai demokrasi (yang diingini).
“Jika saya menjadi sebahagian kecil daripada (usaha ini), saya sudah mencapai tujuan saya. Saya tidak akan berhenti hanya disebabkan saya tidak mendapat jawatan tertentu, sebab saya sudah lalui semua itu.
“Saya juga tidak akan berhenti menjelaskan isu-isu ini jika (penjelasan) itu akan menyebabkan saya akan kehilangan jawatan tertentu. Saya pernah lepaskan jawatan yang lebih tinggi daripada timbalan presiden PKR.
Terima jika dijadikan mangsa
“Jika saya harus menjadi mangsa dalam proses ini, saya akan terimalah,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
“Jika saya harus menjadi mangsa dalam proses ini, saya akan terimalah,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
“Tidak ada kerjasama, apa yang ada ialah ketua cabang yang akur, yang bermesyuarat setahun sekali, yang akan menyokong anda bila masanya tiba. Ini bukan apa yang saya mahu,” katanya.
Beliau mengambil contoh pengalaman yang dilaluinya ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor apabila beliau tewas ketika menentang calon BN. Beliau mengakui bahawa antara sebab kekalahannya itu ialah masalah kerjasama di kalangan jentera parti.
“Apabila anda pergi ke cabang-cabang di mana keahliannya kecil dan terdapat banyak puak, maka tidak ada aktiviti. Ada orang yang takrifkan kerjasama sebagai 'sekiranya saya kata sesuatu dan dia sokong saya, itulah kerjasama. Kalau pencalonan Hulu Selangor diberikan kepada saya, dia seorang pemimpin yang bekerjasama. Ada yang tengok kerjasama seperti itu.
“Saya tidak lihat begitu. Saya lihat apa yang telah anda lakukan secara berkumpulan? Adakah kita menganjurkan program sebaik yang dilakukan PAS atau membuat kutipan amal sebaik DAP? Anda tidak boleh kata, 'kita mahu ahli bekerjasama.' Bekerjasama untuk apa?
“Sebab orang ini macam kuda, ada yang boleh berlumba, ada yang tidak. Orang begitu juga, ada yang boleh (jalankan tugas), ada yang tidak,” katanya lagi.
Azmin tawar jawatan untuk apa?
Zaid berkata beliau melihat budaya politik PKR yang menjunjung demokrasi, berpandukan persetujuan bersama, serta beraskan kemampuan dan merit.
Mengulas tawaran oleh Azmin sebelum ini untuk tidak meminggirkannya dengan memberikan satu jawatan, Zaid berkata Azmin hanya “bermain politik” apabila membuat tawaran itu.
“Jawatan itu untuk apa? Jawatan untuk saya akur kepada beliau atau personaliti tertentu? Untuk apa? Jawatan tidak penting, tapi peranan. Apa yang saya hendak lakukan dengan cabang, dasar parti, apa yang saya hendak lakukan untuk menarik ahli baru?
“(Tawaran) ini tindakan yangkosher (wajar) lah. Dalam pertandingan anda akan kata bahawa anda akan jaga pesaing anda. Walaupun anda seorang killer (dalam politik), anda akan kata begitu. Orang politik begitulah. Tapi sekiranya dia ikhlas, terima kasih,” katanya lagi.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan