"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis Buat 'Perangai' Lama Jika Kekal Gaya Pentadbiran

SHAH ALAM 1 Okt : Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan pelantikan Ketua Polis Negara yang baru tidak membawa erti jika 'perangai' mereka, kekal dengan gaya pentadbiran lama.

Beliau membuat ingtan demikian lantaran kecewa dengan laporan media berkaitan kes kecurian dadah jenis syabu seberat 40 kilogram yang dikatakan dilakukan 10 anggota polis di Rompin, Pahang.

"Tindakan polis sehingga hari ini masih lagi belum cukup kuat untuk mengembalikan imej dan integriti polis yang telah rosak di bawah kepimpinan yang lalu. Pada pandangan saya, kita perlu mengadakan pemantauan khusus terhadap urus tadbir dan tingkah laku polis.

"Saya rasa Ketua Polis hari ini, perlu menjadikan pelantikan beliau sebagai kayu ukur untuk mengembalikan integriti polis pada hari ni. Kalau tidak, saya rasa apa yang dijanjikan itu hanya janji kosong" katanya.

Mengalu-alu tindakan polis yang menahan anggota terbabit, Yusmadi berharap polis telus dalam melaksanakan prosedur kerana kes berkenaan melibatkan penjawat awam yang juga anggota mereka sendiri.

"Ini bagi saya perlu dijadikan penekanan oleh pihak polis, kerana isu integriti polis ini telah diangkat oleh Pakatan Rakyat sehingga mencadangkan IPCMC, yang mana sehingga hari ini gagal dibuat," katanya lagi.

Tiada ulasan: