"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib 'Terpaksa' Terang Kes Anwar Ketika Promosi ETP

NEW YORK 30 SEPT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam terpaksa memberi penerangan berkaitan kes konpirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempromosi Program Transformasi Ekonomi (ETP) di sini.

Penerangan itu dibuat beliau kepada Majlis Hubungan Luar (CFR), sebuah kumpulan pemikir hal ehwal luar terkemuka di New York selepas membuat ucapan bertajuk `Program Transformasi Ekonomi di Malaysia’.

Baru-baru ini, tokoh perniagaan Kumpulan Virgin Air, Richard Bronson meminta Najib campur tangan lantaran pertuduhan kes konspirasi kedua terhadap Anwar, mencalar imej Malaysia di mata dunia.

Presiden Umno itu menyatakan kerajaan Malaysia pimpinannya tidak menentang Ketua Umum Pakatan Rakyat (PKR) itu yang berdepan kes konspirasi kedua dalam satu dekad, sejak pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia .
Mengikut Bernama, Najib menjelaskan, kes itu muncul selepas salah seorang kakitangannya sendiri , dipercayai merujuk kepada Saiful Azlan Bukhari yang memfail satu laporan polis terhadap Anwar.
Bagaimanapun, laporan agensi berita kerajaan itu tidak menyebut sama ada Najib memberi penjelasan mengenai pertemuan pegawainya dengan Saiful sebelum mengadu kepada polis atau melapor pertemuannya dengan Saiful selepas laporan dibuat.
Perbicaraan kes itu berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dijadual bersidang semula pada 14 dan 15 Oktober ini dengan menyaksikan pasukan pembelaan membuat pemeriksaan balas ke atas seorang doktor Hospital Kuala Lumpur.
-tvselangor-

Tiada ulasan: