"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Air Yang Tenang,Jangan Disangka Buaya Tak Nak Jadi Menteri.

ramziredang
"Pendedahan TGNA tentang adanya tawaran menjadi menteri sebanyak lima kali bukan mengejutkan sangat kepada orang orang bawahan. Malah ianya lebih mengesahkan lagi cerita yang berlegar selama ini, ada beberapa orang dari kalangan pemimpin PAS yang ditawarkan menjadi menteri. Cuma, TGNA menolaknya tetapi tidak pula kepada beberapa pemimpin lain.

Tawaran pangkat, harta dan kedudukan boleh diandaikan sebagai bangkai di dalam perjuangan, hanya buaya yang terliurkan bangkai. Lantaran itu tetap ada buaya buaya yang terliurkan bangkai

Dari kalangan buaya ini, ada buaya lama dan ada buaya baru. Buaya lama ni, satu masa dahulu sudah dikasi makan bangkai, timbalan menteri. Oleh kerana sudah pernah makan bangkai selepas pilihanraya 1969 lah maka dia masih rasa terliur kepada bangkai yang baru ditawarkan sekarang.

Dia masih belum meminta maaf atas kesilapannya yang lalu. Kerana dahulu dia adalah salah satu nama yang aktif berusaha supaya PAS bermesra dengan Parti Perikatan satu ketika dulu. Hinggakan PAS sendiri berpecah dan timbulnya parti serpihan PAS seperti Hamim dan Berjasa.

Dia belum rasa bersalah di atas itu semua, lantaran itu dia masih juga sangggup memainkan peranan baru dalam usaha ‘perpaduan yang baru’.

Kenapa isu ini ditimbulkan kembali sekarang?

Kerana suasana muktamar dengan jelas ada agenda tersembunyi untuk memenangkan orang yang menyokong ‘agenda perpaduan’ dan menghalang kemenangan calon yang menentang perpaduan dengan UMNO.

Iannya tidak dijalankan secara terang dan terbuka, tetapi lebih kepada gerakan senyap dan bermuka muka.

Benarkah golongan ‘kerajaan perpaduan’ di dalam PAS fikirkan pasal Islam terancam?

Golongan yang menyokong kerajaan perpaduan di dalam PAS boleh dibahagi kepada dua golongan. Satu golongan memang betul betul risaukan akan Islam dan Melayu terancam. Satu golongan lagi adalah dari spesis buaya yang mengidamkan bangkai yang bernama menteri.

Golongan buaya inilah yang menyamar dan menghias kata kata. Mereka memujuk, mencari alasan dan mereka cipta satu gambaran bahawa Islam dan melayu memang terancam. Maka oleh kerana mereka adalah dari spesis buaya dan satu golongan lagi bukan dari spesis buaya, maka dengan mudahnya mereka menipu golongan tersebut. Rumusannya kedua duanya ditipu oleh mainan taktik halus, pihak sebelah sana yang bernama UMNO.

Jumlah bilangan mereka yang sangat risaukan tentang ‘Islam terancam’ ini hanyalah berjumlah tidak lebih dari sepuluh orang. Jadi sangatlah aneh ramai lagi pemimpin PAS yang lain, yang lebih ramai dari mereka tidak risaukan tentang terancamnya Islam. Lagilah bertambah aneh bila TGNA sendiri tidak risau tentang terancamnya Islam dan melayu.

Apakah mereka yang tidak sampai sepuluh orang ini telah dianugerah kasyaf oleh Allah swt atau mereka mendapat ilmu laduni. Sementara mereka yang lain yang menentang perpaduan dengan UMNO ini adalah gelap zulmat dan terhijab dan tidak Nampak akan terancamnya Islam?

Tetapi bagi ahli bawahan apapun alasan puak puak buaya ini beri mereka tetap menolak perpaduan dengan UMNO. Mereka sangat sangat berdoa agar ianya tidak akan berlaku. Kerana mereka tetap sayangkan perjuangan Islam ini. Harap harap tidak dirosakkan oleh golongan yang mengkhianati perjuangan Islam ini. Namun mereka telahpun bercadang, jika sekiranya berlaku jua, maka telah ada satu cadangan yang bertekad di hati mereka.

Kenapa UMNO Tidak Henti henti memujuk untuk perpaduan?

Kerana buaya yang lapar ini ada, Cuma mereka disekat oleh golongan yang menentang perpaduan ini. Bila dengan jelas ahli bawahan dan ramai pemimpin PAS sendiri menolak perpaduan tersebut, mereka tidak boleh memunculkan diri secara nyata. Mereka memainkan peranan sulit dan tetap jalin hubungan dengan UMNO, lantaran itu UMNO masih menaruh harapan dari mereka.

Tatkala UMNO tidak henti henti mengharap merayu ke arah perpaduan, mereka pula tidak henti henti terliurkan bangkai yang bernama menteri. Nyatalah mereka benar benar buaya.

Tiada ulasan: