"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis bersungguh siasat sumpah laknat, tapi lepas tangan video lucah-Shamsul


PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin kesal dengan sikap polis yang bersungguh-sungguh menyiasat acara sumpah laknat, tetapi tidak mengambil tindakan terhadap penyebaran video lucah.

Shamsul berkata demikian selepas memberi keterangan polis, berhubung kononnya berlaku insiden kekecohan di Masjid Al Amru As, Bandar Sentul pada 19 April lalu.
Siasatan itu berhubung tindakan beliau menghalang salah seorang trio Datuk T- Datuk Shazryl Eskay Abdullah- dalang yang menyebarkan video fitnah mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, melakukan sumpah laknat.
“Pada umumnya saya lihat polis bersungguh-sungguh untuk melakukan siasatan dalam kes sumpah laknat ini yang kononnya berlaku kekecohan di mana kita ingin tegaskan bahawa kita rasa kesal dengan tindakan polis yang bersungguh-sungguh di dalam menyiasat majlis angkat sumpah Datuk T.
“Tetapi tidak bersungguh menyiasat puluhan laporan polis yang dibuat oleh AMK, pemimpin parti dan NGO terhadap penyebaran CD lucah yang dilakukan secara terang-terangan,” ujarnya.
Buktinya kata Shamsul, pihaknya berjaya merampas kira-kira enam ribu cakera padat lucah tersebut yang diedar pada satu majlis di Selayang baru-baru ini.
“Dalam satu majlis yang membabitkan Dr Wahba Al zuhaili di Stadium Selayang baru-baru ini kita berjaya kumpulkan lebih enam ribu keping CD yang diedarkan kepada mereka yang hadir dalam majlis tersebut.
“Ekoran itu, kita akan tetapkan satu hari khas bagi melupuskan CD tersebut secara besar-besaran. Ini membuktikan polis  bersikap lepas tangan dalam isu yang melibatkan jenayah lebih besar berhubung pengedaran CD lucah,” katanya.
Sementara itu, keterangan lebih kurang 30 minit itu dibuat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya oleh pegawai penyiasat Asp Ramlan Mat Derus dari Ibu Pejabat Daerah Polis Sentul.
Shamsul dimaklumkan kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 296 Kanun Keseksaan iaitu mengganggu gugat majlis agama di mana hukuman penjara setahun atau denda jika sabit kesalahan.
Menurut Shamsul, ketika soalan bertubi-tubi ditujukan kepadanya, beliau menegaskan sumpah laknat bersabitkan dengan pertuduhan seseorang melakukan kesalahan jenayah syariah, tiada dalam Islam.
“Saya nyatakan dengan tegas bahawa sumpah laknat bersabit dengan pertuduhan seseorang melakukan kesalahan jenayah syariah memang tiada di dalam peruntukan agama Islam apatah lagi dilakukan oleh orang yang menuduh kerana prinsip kita dalam syariah Islam itu jelas.
“Mereka yang menuduh melakukan jenayah perlu memberikan bukti dan bukannya melalui angkat sumpah laknat ini.

Tiada ulasan: