"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat 2: Anwar mohon hakim digugur


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah digugurkan kelayakan dari mendengar perbicaraan itu, buat kali ketiga.
“(Kami memohon untuk melucutkannya) daripada membicarakan kes itu pada peringkat pendakwaan lagi,” kata peguam Anwar, Sankara Nair dalam kenyataan ringkas kepada media hari ini.
Anwar diarahkan membela diri bagi kes fitnah yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang akan bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan.
Permohonan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh peguam Anwar esok.
“Prosedur memerlukan kita memfaikan usul dengan salinan penghakiman yang disahkan. Kami telah menulis kepada hakim pada 18 Mei memintanya tetapi hanya menerimanya hari ini,” katanya.
Pada 24 November tahun lalu, peguam Anwar, Karpal Singh memohon untuk membatalkan Hakim Mohd Zabidin daripada mendengar kes tersebut kerana  tidak mematuhi peraturan mahkamah.
Ia berikutan Mohd Zabidin menolak permohonan peguam untuk mendapatkan borang proforma Hospital Kuala Lumpur, yang diisi pengadu Mohd saiful Bukhari Azlan.
Kata Karpal, hanya dengan cara menggugurkan hakim tersebut,  Anwar akan mendapat perbicaraan yang adil.
Namun hakim menolak permohonan itu pada 6 Disember tahun lalu.
Sebelum itu, peguam Anwar juga membuat permohonan yang sama pada Febuari 2010, namun turut ditolak mahkamah.
Anwar sebelum ini juga menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail supaya menggugur pertuduhan yang sengaja direka ke atas nya.
Ini kerana Peguam Negara mempunyai asas yang kukuh untuk menggugurkan kes tersebut berdasarkan tiada bukti klinikal berlakunya penetrasi dan kejadian liwat.

Tiada ulasan: